Blog & Penulisan

Sunday 11 November 2012

assalamualaikum..

selamat pagi..selamat berhujung minggu.. korang mesti tak bangun lagi kan..kan..kan.. sebab senyap je..hehehe..
tak nampak pun korang update blog.. ha, tak pun mesti korang ada plan harini nak pegi mana-mana jemputan kahwin kan..

tahniah ye buat mereka yang melangsungkan perkahwinan..tak kira la semalam mahupun harini..yela, tarikh cantik kan..berderet orang kahwin..

eh, panjang mukadimahnya kan..harini bukan nak cerita pasal hal orang kawin..tapi seperti tajuk di atas tu.. 'Blog & Penulisan'..

Pada korang semua, apa la ceramah yang nak disampaikan pagi ni eh? hehe..ni bukan ceramah, mahupun motivasi semata-mata..cuma nak berkongsi sikit tentang blog & penulisan pada diri sy sendiri.. *kalau tak nak baca, close la eh*.. :)

macam ni..kawan-kawan yang rajin singgah blog sy ni mesti perasan kan sy ni rajin update blog kan.. *time rajin & ada story la*..kadang-kadang tu 1 hari sampai 5 @ 6 entry dipost.. mesti korang naik rimas tengok asik nama sy je yang kuar kan..hehe..

nak buat macam mana..sy sebenarnya memang minat yang teramat sangat dalam bidang penulisan..sayangnya sy tak kesampaian lagi hajat untuk menulis novel.. *eh, tetiba je kan*..hehe.. eehh, niat ada tau.. cuma kadang-kala otak ni beku..idea tak nak mengalir bagai air sungai..hihihi..

pernah la adk sedara suh buat cerpen..haha..eh, dan-dan tu buat..tapi sampai kesudah tak habis-habis..no ending..dah kat setahun peram dalam laptop..haha..tu kes beku idea la tu.. ntah bila nak sambung..
pernah juga la bercita-cita menjadi seorang penulis.. tapi nampak gaya belum sampai masanya kut.. ;)
*layakkah?*

ha, sebab tu la sy nak sangat ada blog macam kawan-kawan yang lain..boleh story panjang lebar tanpa sekatan..sebab bagi sy, penulisan dapat memberi 1 kepuasan dalam diri.. contohnya macam ni..masa form 4 ke form5 ntah la, rasanya form 5 kut, sy pernah la diberi amanah untuk siap kan buku folio tentang anti dadah..sebab diberi amanah, sy dulu pegang jawatan Pembimbing Rakan Sebaya sebagai Setiausaha..folia tu tebal ok..tak tahu la bape muka surat..dah lupa.. besar dia saiz kertas lukisan tu..ha, besarkan..

disebabkan suka menulis, sy buat guna tangan je tau..maksudnya menulis sendiri tanpa menaip sebijik pun perkataan menggunakan komputer..sampai 1 tahap tu, keluar la idea setiap satu patah perkataan sy guna pen warna warni..ada cikgu yang tengok terkejut sebab sangat laaaa rajin nak buat macam tu..

memang penat..tapi bila menang sebanyak 2 ke 3 kali, sangat-sangat puas..eh, sy buat berdua folio tu..boleh je buat sorang..tapi tak mampu la kan..dah la tido 3pagi tiap-tiap hari..nasib la time tu cuti sekolah bulan 3..

ha, start dari situ la minat terhadap bidang penulisan ni bertambah-tambah..sampai dah keje ni pun, ada juga la bos cakap nak senang taip je, tapi sy tak suka..sebab memang sy jenis suka menulis.. *tulisan cantik boleh la..hahaha..amboi, masuk bakul angkat sendiri*.. :P

ha, kerana itu la korang akan tengok sy akan post macam-macam entry kat blog ni..tak kisah la Contest ke, Segmen ke, Giveaway ke ataupun cerita dari sy sendiri..
motip utama adalah nak support kawan-kawan yang dah buat semua tu..
sambil tu, mungkin kita akan berkenalan dengan kawan blogger yang lain kan..

dan juga, didalam sebuah penulisan juga, kita boleh tahu sikap seseorang tu.. hal peribadi tu sy tak la reti mana ye..sebab bukan ahli nujum @ tukang telek..hihihihi..
tapi cara dia menulis mungkin kita dapat agak sikap dia macam mana..macam sy, sy seorang yng pemalu tapi peramah..ahaha..dah-dah, sangat mengarut..
:P

sebab utama kenapa sy bagitahu macam ni, sy tengok ada juga kut yang terfikir, mana-mana segmen mahupun contest mesti sy join..ermmm, kadang-kadang sy mendapat jemputan..jadi sebagai orang yang berbudi bahasa, tentulah kita nak membalas kan, sama ada cepat atau lambat.. :)
*maafla ye tuan segmen, giveaway mahupun contest, asik blog ni je yang join..hihihi..eh, sekurang-kurangnya sy dah menambah 1 penyertaan kan*.. :)

ok la dulu bebel pasal blog & penulisan kisah sy pada hari ini..kejap lagi kalau kuar idea tuk menulis, sy akan menulis lagi ye..diharapkan kawan-kawan tak jemu singgah sini..singgah membaca dan singgah memberi komen..

:)




8 comments

  1. hehe..tak apa angkat bakul sendiri..jangan suruh orang,,hehe..betul, suka menulis. Sama-sama saya pun suka buat folio, tapi kalau dah banyak, malas dah..hehe..karangan bahasa melayu lagi suka..alamak, panjang dah komen ni, inilah akibat suka menulis.

    ReplyDelete
  2. suruh orng angkat pun mngkin en.abg yng akn jd mngsa..hihi
    kan2..best menulis ni..segalanya boleh terluah..eh, xpe komen pnjng..sebab entry ni pun dah ckup pnjng..hehe..maklum la..entry penulisan kan. :)

    ReplyDelete
  3. kebiasaannya...mereka yang mempunyai blog ni memang minat bab karang mengarang nih... ^_^

    same goes dengan Farah... dulu masa sekolah Farah salah sorang Editorial Board Members School Magazine...pas tu menulis dengan pen color-color tu memang...harus...sampai sekarang dah kerja pown collection pen color-color tu melambak lagi dalam pencil box kat office tuh... ^_^

    ReplyDelete
  4. yup! penulisan tu menggembirakan!hehe

    ReplyDelete
  5. Farah Waheda : hehe..kan2..tp tak semua minat mengarang..ada jgk yng jenis buat blog, pastu copy aje keje nya..story sendiri blh d kira..

    eh, sama la kita farah..suka sngt dgn alatulis wlpun dh hbis sekolah.. :)

    ReplyDelete
  6. didiey : bukan menggembirakan je..tp bila dh luah, dapat 1 kepuasan jgk.. :)

    ReplyDelete
  7. jom la mimie tunjuk bakat buat novel..

    ReplyDelete
  8. boleh ke sy ni mengarang..hehe..niat dihati tu ada..dan dah ada pun mengarang sikit..tak tahu la boleh jadi novel ke cite pendek..hik3.. :)

    ReplyDelete