Dugaan Alam Pertunangan

Friday 15 March 2013

Assalamualaikum & salam sejahtera..

salam pagi jumaat semua.. bestnya dah hari jumaat.. esok cuti kan.. tapi esok saya balik johor jap sebab ada kenduri kawin.. ahad gerak balik perak balik.

nampak kan tajuk kat atas tu.. macam nak bagi tazkirah jumaat pula.. takpe lah.. tetiba terlintas dengan tajuk tu.. nak berkongsi dengan kawan-kawan semua.. dan apa yang saya cerita ni sedikit sebanyak perkongsian cerita dari diri saya juga la sebagai tunangan orang.. juga buat mereka yang bakal melangkah setapak ke hadapan dalam sesuatu hubungan..

korang pernah tak perasan, selalu sangat kita dengar orang cakap dugaan di alam pertunangan ni banyak..macam-macam dugaan nya? tapi selagi kita belum berada di alam tu, kita tak kan rasa dugaan yang datang tu macam mana. betul tak?

dulu saya selalu berharap dalam tempoh bertunang ni jangan la dapat dugaan yang berat-berat.. yang di luar jangkaan. tapi siapa la diri kita nak menolak semua tu kan.. semua tu kan kuasa Allah Taala.

dulu dah bincang dengan en.tunang. kalau boleh taknak tunang lama.. tak nak tunang sampai bertahun. sebab kami dah kenal 7tahun.. memang perancangan tarikh nikah pun dah ada. tapi apakan daya. kita hanya manusia biasa. seperti apa yang kita dengar orang selalu kata. 'kita hanya mampu merancang.. Allah yang menentukan'..

haa, time tu saya baru menghargai sedalam-dalamnya maksud tu.. memang saya mampu merancang. menetapkan tarikh nikah bila. tapi kalau ianya bukan dengan keizinan Allah, ianya tetap tak kan terlaksana.

sebelum ni perancangan nikah kami pada 07.07.2012 . kalau ikutkan time tu saya rasa tarikh tu macam sedang-sedang elok je. sebab en.tunang pun cakap dia xde nak pergi kursus lagi dalam masa terdekat. sebelum tu kami rancang nak tunang tahun 2011. tapi banyak halangan.. 4 halangannya kalau tak silap. tapi takpe.. kesabaran yang ada tu, kita gunakan. saya bersabar dengan semuanya. tahun 2011 tu pun en.tunang dah selesai jalani kursus 6bulan. saya tak ingat kursus apa.

jadi pada kami tahun 2012 tu line clear la.. elok-elok nak buat persiapan kawin, tup-tup hujung bulan 2 saya dapat tahun en.tunang kena bertugas kat lubnan. rasa macam terkejut, nak pitam je rasa bila dengar. time tu adik en.tunang msg saya minta pengesahan. tapi time tu saya langsung tak tahu pape. terus rasa macam mimpi. panas terus kepala ni dengar berita tu. bayangkan lubnan. bukan dalam malaysia. tapi luar negara. dan kita selalu dengar pergolakan disana.

bila minta pengesahan dari en.tunang, dia kata betul. see, dalam saya fikir dia dah selesai kursus, mungkin tahun 2012 ni line clear nak buat perancangan kawin, tapi Allah terlebih dulu rencanakan perancangan buat kami. Ya Allah, sungguh besar kuasa Allah. kita tak kan dapat menafikan.

tapi percaya la, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah tak kan uji kita kalau kita tak mampu nak bertahan dengan dugaan yang diberi. Dia tak kan uji kita kalau kita ni tak kuat. tak kuat hati, tak kuat fikizal & mental. sesungguhnya hikmah yang besar Dia akan beri pada kita.

kalau ikutkan saya sendiri pun bukan la kuat mana. tapi saya kena juga kuatkan hati saya. dia pergi ke sana kerana tugas. tugas dia pada negara. saya harus support dia dari belakang. bohonglah kalau saya kata saya boleh terima semuanya kan. pada mulanya saya langsung tak boleh terima. tak boleh terima kenapa nak buat perkara baik (kawin) pun Allah tangguhkan? kenapa? sedangkan segala perancangan dah dibuat. 

awal bulan 3 en.tunang dah kena jalani latihan kelayakan untuk ke sana di kuantan, pahang selama 3 bulan. start saya terima berita dia nak kena ke sana, lebih kurang seminggu sebelum dia nak jalani latihan tu, saya langsung takleh terima. hari2 airmata menitik. menitik dengan sendirinya. saya rasa kekuatan saya hilang. lemah sangat2. saya cari kekuatan tu balik. saya luah perasaan sedih saya pada en.tunang. alhamdulillah, dia bagi saya kekuatan tu. seminggu sehingga dia masuk latihan, baru perasaan saya sikit demi sedikit boleh terima kenyataan.

selama dia jalani latihan, dia pula cakap kat saya letih sangat2.. latihan teruk sikit. saya pula yang kena beri dia kekuatan. nampak kan? Allah beri kami berdua untuk saling melengkapi.. sehingga sebulan baru perasaan saya tenang kembali. dan time tu kalau boleh saya tak nak sapa-sapa tanya saya soal kawin. mungkin saya jawab seperti biasa, tapi dalam hati.. Allah je yang tahu.

hikmah selama 7 bulan dia disana (julai 2012-awal feb 2013) kami selalu contact. contact hanya guna Fb @ Skype. sangat mencabar juga la guna skype. sebab line kat sana tak berapa nak elok. selalu putus-putus. tapi yang saya nampak hubungan kami makin baik.. saling rindu.. rindu tu memang rindu.. tapi Allah kurniakan perasaan rindu yang berlainan. sangat2 berlainan seperti sebelumnya. 

kita saling menghargai antara 1 sama lain.. sebelum en.tunang pergi sana, kami susah nak contact-contact walaupun msg. ada je kerja en.tunang. malam baru dapat contact. tapi bila kat sana, hari-hari, setiap masa kalau boleh kami nak berhubung. kalau kat sini kami berhubung dalam phone dengar suara je.. kalau dia kat sana, kami dapat tatap muka terus.

tu la salah 1 hikmah yang saya terima. memang orang pandang benda ni macam xde rasa pape je.. tapi kalau kena pada diri sendiri, dia akan tahu sakitnya macam mana.. tak semudah tu blh terima kenyataan.

macam mana pun, kita tak boleh sesekali salahkan Allah. sebab Dia bagi segala perancangan ni, yang terbaik buat kita.. memang kita akan dapat sakit sedikit.. insyaAllah, segala kesakitan tu Allah juga yang akan bagi ubatnya..
lain orang, lain dugaannya yang Allah akan beri. ikut pada situasi kita juga macam mana.

pada kawan-kawan lain yang mungkin ada perancangan untuk bertunang, bersabar la dengan setiap dugaan yang Allah bagi.. Dia uji kita pun bersebab. pada positive nya yang saya fikirkan, kalau kita xde ikatan, mungkin kita boleh harungi ujian tu sendiri ataupun dengan bantuan keluarga.. tapi bila kita dah bersama dengan pasangan kita, tetap juga Allah bagi ujian. ujian di alam pertunangan ni Allah bagi sebagai permulaan Dia nak tengok kekuatan kita untuk mengharungi bersama.

jadi, jangalah cepat putus asa ye.. Allah bagi ujian pada kita sebab Dia sayangkan kita.. Dia rindukan kita untuk meminta dari-Nya.. Dia nak kita tahu Dia tu wujud untuk membantu kita. setiap apa yang kita rasa, Allah dapat tahu. apa yang kita doa, Dia Maha Mendengar. sebab tu la, kalau kita minta sesuatu yang baik, tentu kita boleh dapat juga kan walaupun tidak sepantas kilat.. :)

banyak-banyak la bersabar ye.. saya tahu, ada juga kawan-kawan saya yang dah tunang ni terima dugaan.. apa yang saya cerita ni bukan nak tunjuk riak kunonnya saya ni kuat sangat nak hadapi semua ni. tidak ye.. tapi saya nak luahkan apa yang saya rasa. saya nak kawan-kawan saya yang lain juga tabah, kuat.. boleh hadapinya..

dan juga sebagai 1 coretan ikhlas dari saya buat my future husband..


31 comments

  1. Kalau saya kat tempat akak, entah2 dah nangis aik mata darah mengenangkan Incik Boss yang jauh di mata. Dah lah Incik Boss saya nie jenis yang suka wat keja sendiri tak peduli owg lain. Makan hati dibuatnya..

    ReplyDelete
  2. Harap mimie lebih bersabar and be strong..Sy pun berkawan dgn seorg tentera dan sekarg ni diorg memang sibuk ngan kes lahad datu tu.Memang dah jarang msg apatah lagi nak jumpe.Ini baru je kwn lum tunang lagi tp banyak gak dugaannye.Insya allah..Allah akan permudahkan setiap dari doa umatnye.:)

    ReplyDelete
  3. isabel diaz :
    -sama la mcm akak tau..sebelum dia ke sana, asik la dgn keje..sampai 1 thap tu malas nak fkir keje apa dia buat. yang pnting kita tak buat bnda tak elok belakang dia..ALS pun kena bnyk bersabar tau.. :)

    rosniza :
    -insyaAllah.. :)
    syukur sangat tunang saya tak ke sana.. tapi menjaga keamanan lubnan pula.. dgaan berkawan dgn tntera ni mmng bnyk..kita kena fham tugas dia..lagi2 kita dah tahu kes lahad datu ni.. insyaAllah..Allah akan beri yang terbaik buat kita..amin..

    ReplyDelete
  4. Takpe.. Allah swt sedang merangka sesuatu buat kalian berdua.....
    Ada hikmah disebalik setiapa halangan tu....
    AJ doakan hubungan kalian sampai ke jinjang pelamin..... Insyaallah..

    ReplyDelete
  5. ayuejean AJ :
    -alhamdulillah AJ.. itulah yang sentiasa ditunggu2kan.. :)

    ReplyDelete
  6. Awak, InsyaAllah.. sentiasa bersangka baik dengan setiap perancangan Allah kan ^_^

    bila kita bersangka baik, lambat laun akan mudah je nak terima setiap ujian dan dugaan seharian (itu yang saya pegang sekarang)

    Saya doakan ikatan kalian akan bertaut dengan ikatan perkahwinan insyaAllah...

    one more thing, doakan saya juga iye, bulan Mei ni insyaAllah.. hihi.. debar debar gitu

    cinta lepas nikah ni InsyaAllah, tak berapa kenal sangat tunang ni.. hihi...cuma yakin dan berpegang pada ketetapan Allah insyaAllah.. doakan iye

    ReplyDelete
  7. isma ilya ahmad puad :
    -insyaAllah..sama juga la dgn saya.. mmng mula2 susah nak terima..tapi kalau hati kita redha, insyaAllah.. :)
    amin ya robbalalamin..
    ya Allah..dah dekat dah ni..moga dapat jadi isteri yang terbaik buat suami ye.. :)

    ReplyDelete
  8. susah gak kan.. kita boleh rancang je.. kaau boleh nak tunang rini esk kawin. hehe tapi xbest plak. xda fill jadi tunangan orang

    ReplyDelete
  9. hana hadi :
    -betul tu hana..kita ni mampu merancang..tapi klau kita buat perancangan, selalu takde hlngn, mngkin Allah akan pusing halangan tu dari perkara lain..
    hehehe..memang xde..nanti tak tahu perasaan & kehidupan sebagai tunangan orang.. ;)

    ReplyDelete
  10. In Shaa Allah yang... sampai jugak tarikhnya tu...kakak doakan semoga cepat dan segala urusan dipermudahkan...memang nak bina masjid ni bukan senang... banyak dugaan yang kita kena tempuh dan harungi...yang mengaku kalah tengah jalan tu yang payah tu... selalu tersungkur... tapi betul tu...selalu tanam dalam hati...Allah takkan uji kita kalau dia tau kita tak mampu...jadi bertabahlah dan berterima kasihlah pada Allah kerana beri kita ujian yang mungkin terkandung seribu satu rahmat di sebaliknya...

    ReplyDelete
  11. sara pernah terpikir mcm ni "benda baik (kahwin) kenapa ditangguhkan di lambatkan" sbnya kami dah 3 tahun bertunang. tp sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui. kami redha dengan ketentuan Allah.. alhamdulillah ujian ketika bertunang dpt di atasi dengan baik wlpn kadang kala taufan yang melanda. tp betul setiap yg berlaku ada hikmahnya. dan Allah Maha Mengetahui. kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan segalanya..

    ReplyDelete
  12. tabah betul hati akak menerima apa yg terjadi dalam perhubungan akak. Nak jugak laa jadi kuat tabah macam akak nanti :)

    Semoga jodoh akak kuat dengan En.Lubnan :)

    ReplyDelete
  13. farah waheda :
    -insyaAllah kak.. sentiasa bersabar untuk menuju ke arah tu.. :)
    tersangat bnyk dugaan diterima..alhamdulillah, semuanya demi kebaikan & sebuah kebahagiaan.. :)

    sarahhernyzar :
    -haa, kan..sara pun rasa cmtu.. tapi tu la, kita xleh nak salah kan takdir.. Allah nak beri hikmahnya & kita kena lebih bnyk belajar semua ni.. :)

    eiqa almond :
    -hehehe..akk tak kuat mna pun eiqa..cuma akk xnak sampai tersungkur & bersedih berpanjangn je.. blh je..moga2 eiqa pun macam tu juga ye.. :)

    erk? en.lubnan? sejak bila akk bertukar cik abng baru.. :p

    ReplyDelete
  14. itula beza org beriman dgn tidak beriman. alhamdulillah mimie berjaya hadapi bahagian ni. hidup sememangnya utk diuji, Allah Maha Adil, Dia bagi kelebihan pd bahagian lain, dan Dia bagi ujian pada bahagian yang lainnya :) dan ksukaran yg dilalui mungkin jg sbg kaffarah dosa, mudah mudahan ^^

    ReplyDelete
  15. mar haini :
    -yela mar..kita tak la rasa diri ni sempurna imannya..tapi syukur sngt tak ambik pendekatan buat sesuatu yng tak elok.. setiap yng terjadi, ada hikmahnya.. :)

    ReplyDelete
  16. segala yg berlaku ada hikmahnya.. bertawakallah In Sya Allah akan dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  17. kak mimie, banyak sabar tau..memang dugaan kan akak bertunang ni..hmmm..alyn cuma mampu ckap ni..be strong..:)

    ReplyDelete
  18. Apa yg berlaku itu ada hikmahnya..Mimi kena kuat ya..

    ReplyDelete
  19. my housemate dua org dh bertunang, tp dua2 alami dugaan yg berbeza, 1. sorang ni mmg ada je masalah (i dunno coz since beginning of their rltionship mmg ada je x kena, i mean kuat gaduh, family x restu bagai) 2. makin loving ble btunang, n kwn sy ni jd mkin penyabar, cakap pn relax je, even tunang dia pn mkin loving to each other = KESIMPULAN xde istilah dugaan, yg penting mcm mane kita sebagai psgn melengkapi each other n ubah mind set kte. ape2 pun sy mmg kagum dgn sikap awk, smoga awk trus tabah ye :)

    ReplyDelete
  20. sabar ok..didiey juga sedang bersabar....Allah perancang terbaik

    ReplyDelete
  21. Banyakkan dugaan hidup. Harap akak akan terus kuat. Allah itu sebaik2 perancang. InsyaAllah, semoga dipermudahkan segala urusan kehidupan akak di dunia dan di akhirat.

    ReplyDelete
  22. ade hikmah disebaliknya...bukan hari neh..bukan esok tapi pasti akhirnya...n'way naseb baek ko n tunang pikir yang positif...kalau aku pon x mampu lagik nak bertahan pk yang positif....huhuhuhh!!!

    ReplyDelete
  23. gua single gua happy. hehe.

    ReplyDelete
  24. adzairdawati makdara :
    -alhmdulillah..bnyk hikmahnya kak.. :)

    alyn roslan :
    -mekasih alyn..dugaan tu mmng akan dapat..cuma kita yang kena bersabar dgnnya.. :)

    intanfirdaus247 :
    -ye kak..insyaAllah, sya blh.. :)

    anne rihann :
    -mekasih anne rihann..saya cuma buat yang terbaik untuk diri sy & pasangan.. :)

    didiey :
    -alhmdulillah..masih boleh bersabar didiey.. :)

    nurul aini :
    -amin..mekasih dik..alhmdulillah..sekarang akk ok je.. :) biasalah kalau mula2 tu kan.. :)

    pheonix :
    -yup..betul tu.. kena jgk fkir yng positif kalau kita nak yang terbaik.. :)

    cim :
    -nti dah ada pasangan, baru rasa dgaannya..hehe

    ReplyDelete
  25. Di alam pertunangan ini, mmg ada dugaannya. Kadang-kadang bukan dari kita dan pasangan, tetapi dari pelbagai pihak. Contohnya keluarga, kawan, saudara-mara dan lain-lain lagi. Saya sekarang salah seorang yang berada di alam petunangan. Terlalu berat dugaan yang di terima sekarang, namun hati ini hanya mampu menangis dan merintih meminta bantuan dr DIA. Semoga Mimie dan diri saya sendiri kuat utk menghadapi dugaan di alam pertunangan. InsyaAllah ada hikmahnya.Yakinlah dengan janji Allah..Allah Maha Mengetahui segalanya..

    ReplyDelete
  26. effa bahri :
    -yup betul..sekarang ni pun saya masih lagi diuji.. sangat2 bersabar dgnnya.. insyaAllah.. selagi kita kuat, kita mampu untuk mengharunginya.. insyaAllah.. =)

    ReplyDelete
  27. baru bace entry nie . betol larh orang ckap . laen org laen msalah . tetibe rase mcam nk kongsi pengalaman . patutnye lyza kahwin 10/2013 .. yg sedeh nye da siap kad kahwin ..3 bulan sblom majlis terpakse tunda sbb en tunang ad msalah kesihatan .. mase ckap kene tunda tu ya allah ! rase tak pijak tanah .. dengan femly tak boleh trime en tunang time tu .. rase berbelah bahagi .. rase down sgt - ii .. allah lebih mngetahui .. perancanngan allah lebih baik . alhamdulillah jodoh kami masih kuat w'pon terpakse tunda smpai ker hari ini .. femly pon da boleh trime .. alhamdulilah .. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. bila ada masalah,kita akan rasa down sngt.. tapi sebenarnya ada hikmah yang tersembunyi.. kena banyak bersabar.. dugaan Allah pelbagai.. kena bersabar je.. :)

      Delete
  28. Suka saya bace coretan nie.. mmg Allah uji kita dlm pelbagai bentuk ujian
    Makin dekat hari nikah, makin berat ujian yg diberi..

    ReplyDelete
  29. bersabarlah..in sha allah sy pn akn trus bersabar...tp kalau melibatkan org ketiga... ssh ckt nk handle...

    ReplyDelete
  30. bersabarlah..in sha allah sy pn akn trus bersabar...tp kalau melibatkan org ketiga... ssh ckt nk handle...

    ReplyDelete