JANTUNG : Cegah Sebelum Terlambat

Wednesday 10 April 2013


Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pembaca..


Macam biasa la, tetiap pagi mesti beli paper metro.. kadang tak sempat baca pun, yang penting beli sebab mak abah nak baca.
So, pagi ni kerja tak banyak. Jadi rajin la nak belek-belek sekejap.

Tertarik dengan artikel pasal Jantung. So, saya share la kat sini ye. Mana la tahu, satu hari nanti kita perlukan maklumat tentangnya kan, xyah susah-susah nak cari. Then paper ni kalau dah baca nti mula la buat bungkus nasi lemak.

So, meh kita baca sikit tentang kepentingan jantung ni.. apa tanda-tanda serangannya dan sebagainya.. ni saya taip sendiri ye.. bukan copy paste dari web memana.

Pengenalan Jantung :

Fungsi UTAMA Jantung ialah mengepam darah untuk membekalkan oksigen. Penyakit jantung koronari berlaku apabila kolestrol berkumpul di dalam arteri dan membentuk lemak. Timbunan lemak mengakibatkan arteri menjadi sempit. Ini boleh menjejaskan pengaliran darah ke jantung dan menjadikan jantung kekurangan oksigen dan nutrient.

Penyakit jantung koronari lebih kerap berlaku di kalangan golongan tua dan EMPAT KALI GANDA lebih kerap di hadapi oleh KAUM LELAKI berbanding kaum wanita. Selain itu ia juga berpunca akibat jangkitan atau gaya hidup tidak sihat.

Tanda-Tanda Serangan Jantung :-

·        Sesak nafas
·        Muka kelihatan pucat
·        Berpeluh
·        Berasa sejuk walaupun persekitaran panas
·        Pening kepala
·        Berasa loya
·        Boleh pitam atau pengsan
·        Sakit dada berlaku apabila salah satu salur nadi jantung tersumbat sepenuhnya.


Faktor Risiko Utama :-

·        OBESITI – tidak larat bergerak cergas dalam aktiviti harian
·        TEKANAN DARAH TINGGI – ia boleh merosakkan arteri dan meningkatkan risiko serangan jantung
·        PENYAKIT DIABETES – menganggu pengaliran gula dalam darah
·        MEROKOK – semakin kerap anda merokok, semakin tinggi risiko anda menghidap penyakit jantung
·        MEMPUNYAI PARAS KOLESTROL YANG TINGGI DALAM DARAH – kawalan permakanan yang kurang baik menghasilkan paras lemak dalam darah yang tidak normal termasuk tahap kolestrol yang tinggi
·        KURANG MELAKUKAN KEGIATAN FIZIKAL
·        STRESS
·        Pengambilan arak yang berlebihan boleh meracun otak dan hati.


Pencegahan :-

1.    Bersenam selalu atau sekurang-kurangnya 3kali seminggu (20-30 minit)
2.    Kawal pengambilan makanan berlemak
3.    Cuba kekalkan berat badan yang seimbang dengan ketinggian anda
4.    Berhenti merokok
5.    Cari masa untuk beristirehat dan kawal stress
6.    Periksa tekanan darah anda secara berkala
7.    Periksa paras glukos darah dan pastikan glukos darah berada di paras normal
8.    Periksa tahap kolestrol darah anda
9.    Buat pemeriksaan kesihatan secara berkala
10.Elakkan minum arak


sumber : harian metro 10.04.13





**nampak gaya tiap minggu nak pergi bersenam la..rasanya dah lama tak bersenam.. badan pun dah naik lemau..**

17 comments

  1. ye..masalah yang membawa maut..
    sist ada baca paper tadi?
    ada indian ni kene serangan jantung then mati.

    ReplyDelete
  2. bahaya ni..tkt lak bca..kdg2 simptom tu ada.huhu

    ReplyDelete
  3. Nice sharing..
    Kalau dah ada simptom2 tu better gi check....

    ReplyDelete
  4. Good info... Sama2lah kita menjaga kesihatan jantung kita.. :)

    ReplyDelete
  5. Bahayanya.. Dahlah saya jenis yang malas nak bersenam..

    ReplyDelete
  6. tak sempat baca surat khabar td. ni baru tau. hehe

    ReplyDelete
  7. Kakak kurang exercise tu yg pasti. Takut juga sebab makan tiap hari exercise payah sekali...

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum mimie...menarik info...:)

    ReplyDelete
  9. keturunan pon boleh menyebabkan sakit jantung kan2 xD

    p/s : follow sini :)

    ReplyDelete
  10. Thanx for sharing.
    Amalkan gaya hidup sihat =)
    ^^blogwalking^^

    ReplyDelete
  11. arghhh!!!!adakah???akuh neh perokok tegar...hehehe...sory nyelit kat sineh...huhuhuh!!!!

    ReplyDelete
  12. satu perkongsian yang menarik...semua kita ada potensi untuk mendapat penyakit jantung kerana semua ada jantung..


    Jom Baca Entri Terkini Saya Di Sini

    ReplyDelete
  13. didiey selalu gak sesak nafas tp sebab asma..hehe

    ReplyDelete
  14. rasanya penyakit ini paling bahaya sekarang kan

    ReplyDelete
  15. cik yaya :
    -ada baca..kisah yang dia gado with wife dia tu eh? errgg, ngeri..tak sempat nak minta maaf dah pergi..

    arelinayu :
    -tu la pasal..ada juga yang kena ngan diri ni..takut pun ada..

    normi nieza :
    -sesuatu yang penting untuk semua.. :)

    ratu hatiku :
    -insyaAllah kak.. :)

    isabel diaz :
    -akk nak start bersenam la pasni..takut..

    ahmad zarif :
    -hehehe

    kakzakie :
    -tu la pasal..saya pun naik risau je..hari2 terperap dalam opis.

    dhia dirham :
    -mekasih.. :)

    mazliza abd razak :
    -tQ kak.. :)

    mas zull :
    -w'salam.. info yang penting untuk dikongsi bersama.. :)

    iranur :
    -erm..mngkin.. hehhee..kena hati2 la camtu.. ;)

    siti zulaikha shuib :
    -welcome.. :)

    pheonix :
    -boleh je nyelit selalu..haha
    lepas ni kurang2 kan membakar duit tu ye..hihihi

    hanafi abdullah :
    -yup..betul tu.. =)

    didiey :
    -hehehe.. lepas ni didiey kena lebih2 menjaga kesihatan.. :)

    ct noraishah :
    -ha'ah..tak kira tua atau muda boleh kena..

    ReplyDelete