Kisah Disebalik Nama

Saturday 29 June 2013

Assalamualaikum buat teman setia disini.

autopublish.

kelmarin ada baca pasal nama saya yang sama dengan nama kole kitty jotun tu kan. ada yang tak baca lagi? cepat pegi baca dulu.. hehehe..

kan saya kata nama saya ni banyak disamakan dengan binatang, barang, nama makanan kan, okeh, kali ni saya cite pasal nama untuk saya pula eh..

ada ke yang nak tahu ni?? haha.. :p
*xde orang baca anggap je diri sendiri tetap nak baca*

masa saya baru lahir dulu mak cakap tak tahu nak bagi saya nama apa. takde idea. pelik mak saya ni. napa la 8bulan lebih saya dalam perut taknak cari nama siap-siap. kan dah susah. haha!.. *saya lahir awal tau*

mak cakap pening nak buh nama. tak tahu nama apa pun yang sesuai. nama yang terlekat buat diri saya ni pun katanya makcik yang bagi. sebab jenuh mak cari nama. banyak juga nama yang pelik-pelik yang mak saya nak bubuh. tapi tak sempat nak daftar. ahaha..

paling saya ingat nama ni. >> siti marie << lebih kurang macam tu la bunyinya. ejaan sebenarnya saya tak tahu. sebab kalau cakap pasal nama je mesti mak cakap >> nasib mak tak bubuh nama siti marie tau. <<

dan jawapan saya macam ni.. >>mak, kalau nama akak sekarang siti marie, mesti akak lawa giler dari sekarang kan.pastu mesti akak ni glamer. tengok la orang sekarang, bubuh nama anak pelik-pelik, pastu dah besar lawa macam kacukan<<

berani betul jawabkan.. ahaha.. tapi memang betulkan? sekarang ni orang buh nama anak pelik-pelik, bila dah besar, cun giler!.. pastu makcik saya pun ada cite benda yang sama. dia cakap mak saya susah sangat nak cari nama tuk saya. tu yang makcik saya cadangkan nama >> nur syamimi << lagipun nama ni nampak senangkan.

tapi tu la.. nama mimi ni glamer sangat. tapi dengan en.tunang dia tak panggil nama mimi tu tau. hehe.. tak kisah la dia nak panggil sayang ke, apa ke, tapi dia jarang sekali panggil mimi. kalau dia sebut nama mimi, mesti saya macam kerut dahi. dalam hati mesti macam ni, *panggil sapa?* hahaha..

biasa la, dah kalau orang penting dalam hidup, mesti ada kelainan kan. kadang saya rasa macam geli dia panggil mimi.. haha.. macam tak kena je dgn pendengaran ni.. :p haritu balik kampung makcik saya pelik, tu dia panggil sapa tu. then i say la, dia panggil kita.. makcik macam pelik. pastu makcik tanya dia panggil saya apa. then i say la, dia panggil kita, sya.. kuang3.. makcik pula 'ooo..lain panggilannya ye'..hahaha.. makcik..makcik.. ;)

lagipun senang guna nama pendek ni. nak taip mesej pun senang kan. tapi kalau orang lain panggil saya, sya, saya pula kerut dahi.. pening..pening..

apa-apa pun nama yang diberi pada kita, jaga la sebaiknya. setiap nama yang diberi tu melambangkan diri kita yang sebenar. perasan tak, dalam 1 dunia ni, ramai yang nama sama dengan kita kan, tapi perwatakaan tetap berlainan kan? 

apa yang saya ingat cikgu saya pernah bagitahu dulu, nama melambangkan diri kita. nama juga yang membentuk keperibadiaan diri kita. siapa mak ayah kita, dengan nama tu juga kita kan terbentuk. :)



nota : terasa nama sendiri ni special..sebab masa sekolah dulu tak pernah jumpa orang nama sama. oohh, indahnya.. :p


11 comments

  1. kite lagilah..nama jiran yg tolong bagikan..heee

    ReplyDelete
  2. Betullah Mimie, hubby kakak pun panggil kakak bukan zakie tapi dia panggil zek tak tahu kenapa tapi dah biasa... keluarga kakak pun dah biasa sebab dah 18 tahun pun hahaha...

    ReplyDelete
  3. nak panggil sya jugakla, biar mimie geli geleman, wakakaka

    ReplyDelete
  4. kalau dah panggil nama manja pun tak dengar cuba panggil nama gangster pulak. kelam kabut datang . :D

    ReplyDelete
  5. hihi..cik akak nie..banyak betol nama...hinggakan nama sendiri pun tak wujud..hahaha....dulu pernah tanya kat emak...kenapa babah bubuh nama siti nortizah....emak jawablah...sebab nurse yang sambut cik akak tu....cantik manis...tu yang babah beria sangat nak letak nama tu...hihi....tapi setakat nie...memang tak jumpa orang sama nama dengan cik akak..hihi..sayang nama cik akak..hihi

    ReplyDelete
  6. Banyak owg serupa nama dengan saya. Bap tu kalau cari dekat pesbuk, susah nak dapat yang betul2 saya.

    ReplyDelete
  7. nama yaya..entah..selalu gak jumpa yang sama tp tak ramai sgt la..

    ReplyDelete
  8. kalau nama anis lain sikit sebab ejaan. [Anith Hanisah] mula2 anis pun xtau cmne nak sebut tapi ustazah bagitau sebenarnya cara nak sebut anis cuma ejaan je lain sikit hee

    ReplyDelete
  9. hihi. okey apa nama akak., Lissa lagi laa.. nama kena ambil sempena nama kumpulan rockers dulu2 tuu. hahaha tuu idea mama ngn bapa Lissa. sbb dua2 minat rock dulu2. kikikiki

    ReplyDelete
  10. nama sbnr ye doa bt kita..tu yg kena bagi yg baik2x..tp utk panggilan manja tu blh mengeratkan hubungan sesama sendiri kan.kdg2x kita nk pngil org pon kena pangil apa yg dia suka :))

    ReplyDelete
  11. ader kisah gak disebalik name ko yea...oklah tuh!!!!sronok gak dengor citer camneh!!!heheheh...

    ReplyDelete