Pelakon komedi terkenal S.Shamsuddin meninggal dunia

Tuesday 4 June 2013


PELAKON komedi terkenal era 1950-an, seniman S.Shamsuddin atau lebih mesra dengan panggilan Pak Sudin meninggal dunia akibat serangan jantung di keediamannya di Bukit Batu Avenue, Jurong di Singapura sekitar pukul 10.56 pagi ini.
Menurut anak perempuan Pak Sudin, Noredah bapanya tidak mengadu ada mengadu apa-apa kesakitan sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“Bapa tidak ada mengadu apa-apa kesakitan sebelum beliau meninggal dunia. Kami sekeluarga agak terkejut dengan pemergiannya. Tolong doakan yang terbaik untuk bapa,” kata Noredah ketika dihubungi Yahoo! Malaysia.

Tambah Noredah, Allahyarham sememangnya sudah lama menderita sakit dan menjalani rawatan di hospital di Singapura selepas mengalami keretakan tulang pinggul setelah jatuh dari katil di rumah anaknya. 


Selain itu, Pak Sudin juga mengalami jangkitan kuman di bahagian paru-parunya – iaitu penyakit yang dialaminya sejak beberapa tahun lalu. 

Pengebumian akan berlangsung pada hari esok di tanah perkuburan Islam Jurong. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puteh Esmoon dan tujuh orang anak.

Yahoo! Malaysia mengucapkan sekalung takziah kepada keluarga Pak Sudin. Moga roh allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.



Biodata: 
Pak Sudin atau nama penuhnya Sahamsudin Dali dilahirkan pada 1 Januari 1929 di Pasir Panjang, Singapura. Beliau terkenal sebagai pelakon dan pelawak filem Melayu sekitar tahun 1950an dan 1960an. 

Sinonim dengan watak-watak lucu dalam filem-filem arahan Tan Sri P.Ramlee termasuk Nujum Pak Belalang, Dia Ibuku, Bujang Lapok, Antara Dua Darjat dan Panggilan Pulau.

Allahyarham turut menbintangi filem seram Pontianak Harum Sundal 2 arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba pada tahun 2005. 

Beliau pernah dianugerahkan Aktor Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-2 (FFM2) pada tahun 1981. Tiga tahun lalu, Allahyarham turut dinobatkan Anugerah Khas Aktor Komedi di FFM22. 

AL-FATIHAH ~ selalu tengok cite p.ramlee

sumber : SINI



6 comments