Last Day Bertugas . .

Saturday 29 March 2014

Assalamualaikum & selamat malam semua.

dah beberapa hari tinggalkan blog.. dah beberapa hari juga tak dapat menulis. keadaan diri tak berapa sihat. sekarang ni makin menjadi2 pula badan ni lemaunya. muntah pun dah nak kerap. pening bertambah kuat. bertabah je la demi baby.

semalam last day saya kerja di koperasi itu. 6tahun berkhidmat disana. Ya Allah, kuatkanlah hati ni supaya perasaan rindu dengan semua kenangan kerja akan tersimpan baik. siapa la yang tak rindu,kan dengan suasana kerja yang dah sebati dengan diri. pejabat tu bagi saya dah macam rumah kedua buat saya.

bos minta datang isnin ni. tapi saya taknak. sebab? kerja saya pun dah selesai disana. pastu sekarang ni keadaan diri la yang buatkan saya last kerja semalam. macam semalam, pening kuat sangat2. muntah pun 2kali. pastu badan rasa tak selesa. jadi saya ambik keputusan last kerja semalam tuk rehat kat rumah.

hari isnin ni insyaAllah bos2 nak buat sikit jamuan makan malam tuk hari last kerja saya. Ya Allah.. mesti rindu dengan mereka semuakan. takpelah.. tu la situasi yang kita kena hadapi kalau kita kerja kat mana pun kan?

setiap pertemuan, pasti ada perpisahan..

hari terakhir saya dapat solat zuhur disana.. :'(


21 comments

  1. berehatlah selepas ni sampai baby lahir nanti :)

    ReplyDelete
  2. selamat bercuti pnjang... smoge sntiasa sihat n happy2 slalu...

    ReplyDelete
  3. rehat itu penting.....

    Sehingga jumpa lagi dan salam ukhuwah dari admin Blog Mesra SEO

    ReplyDelete
  4. nanti buat bisnes dari rumah plak, roger2 ain...nanti blh jadi dropship hasil kaitan ain...mana tau kan...roger je ain...ngeee =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bisnes apa la yang nak dibuat tu ain.. xtahu..hehe..

      Delete
  5. Selamat berehat akak. Semoga di mudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  6. mesti terbit persaan sedih..lya pun akan alami juga situasi mcm tu nnt..lps nie blh la mimie berehat

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum mimie, in shaa Allah, ada rezeki lain untuk kalian. singgah menabung ford sini~~~

    ReplyDelete
  8. salam. jadi suri rumah sepenuh masa la ya? hee :) btw take care..
    isi tabung lenovo :)

    ReplyDelete
  9. betul tu.
    yang pasti lpas ni boleh la rehatkan bdan
    jaga diri k

    ReplyDelete
  10. pasni kalau sakit dah bole minta suami urut.. dah bole msk selalu untuk suami jugak.. take care ye mimie..

    nak berpisah memang sedih.. tapi dimana pon kite.. jika itu memang rezeki, tidak lari kemana kan.. :)

    ReplyDelete
  11. wpun saya blm pernah mengandung tapi melihat org yg mabuk hamil ni , better dok umah jer . biar suami yg cari duit n layan kita ... time utk bermanja - manjaan .

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah...mimie dah preggy~ seronok denga..take care tau...

    ReplyDelete
  13. sedihnya akk sabar ye lepas ni akk akn lebih bahagia kan :)

    ReplyDelete
  14. x apa mimie.. demi kesihatan.. lg pn kerja dah settle kann..
    all the best to u adik..

    ReplyDelete