Checkup Kedua..

Monday 14 April 2014

Assalamualaikum & selamat malam semua..

tadi saya dah start buat checkup di HTD.. HTD tu maksudnya Hospital Tentera Darat. saya kan duk dalam kawasan kem, jadinya kena buat checkup kat situ. pergi sorang-sorang. huhuk! en.suami ada PT pagi. pergi dengan perasaan yang sangat malas-malas sebab sorang-sorang. pastu tak tahu keadaan kat sana macam mana.

sampai sana jam 08.30 pagi camtu. memula masuk kat bahagian ni, sekali dia suh pergi bahagian lain.. me tercengang-cengang.. haaa.. bahagian mana pula ni.. aduhai.. sabar je la.. dah la tak biasa dengan keadaan kat sini lagi. maklum la, baru seminggu kat sini.

pastu dah kuar bahagian tu, nampak ada encik ni, last-last tanya dia. aduhai.. bertabah je la tadi. pastu dah masuk kat bahagian tu, tanya la boleh tak nak transfer checkup kat situ. pastu terpaksa la tanya 1 persatu. lepas dah letak buku ni kena buat apa..

dorang suh buat urine test.. tp keadaannya lain masa buat kat ipoh. pastu mula la pening kat mana nak cari toilet pula.. adeh.. payah2 kat tempat orang yang kita tak biasa ni.. last2 ada cleaner kat situ, tanya laa.. tu je yang mampu..

pastu dah settle bab tu, masuk balik kat bahagian unit wad wanita & bersalin tu. tunggu nurse panggil nama. last2 nurse cakap saya ni transfer patutnya kejap je, sekali dah macam booking buat buku pula sebab details dari buat buku haritu tak complete. erm.. sabar je laa.. pastu nurse siap cakap lagi.. patut la tadi saya tengok awak tercengang sana sini. rupanya baru transfer sini. maunya saya tak terkontang kanting. dah la kejap kena ke sana, kejap ke sini.. mau tak pening..

tadi ambik masa hampir 2jam juga la baru settle.. pastu bila di checkup, nurse okay je.. cuma yang saya terkejut, tekanan darah turun lagi. haritu 110/70, kalau tak silap saya la masa buat buku haritu. tadi check 90/60.. mak aihhh, rendah kan? patut la sekarang ni pening saya makin kuat. sampai tak tertahan. pastu muntah2.. fuhhh, cabaran2..

maybe sebab saya pun baru pindah kan.. jadi keadaan diri tak berapa nak okay.. then semalam en.suami ajak ke melaka. saja jalan2, pastu singgah umah mil sekejap sebab mil baru balik dari umrah. maybe saya pun pening yang kuat semalam, sampai muntah2, badan pun letih agaknya, jadi tadi check up semuanya x ok..

saya tengok hb pun turun. sebelum ni 10.9.. tadi 10.5.. sabar je la.. erm, kalau orang kata suh makan itu ini, saya makan juga.. mungkin emosi tak stabil mana kan.. jadinya tu la yang terjadi. tadi ambik darah lagi sekali. sebab nak tengok darah jenis apa. tak jumpa doktor pun. sebab katanya haritu saya di ipoh dah jumpa. 

pastu tadi nurse suh follow up balik lagi 2minggu. haaaa, hambek.. 2minggu sekali la kena pergi HTD.. patutnya sebulan sekali je.. tapi sebab saya ada kes camni, kena la rujuk 2minggu sekali. harap2 la lepas checkup hujung bulan ni, saya dapat follow sebulan sekali dulu. malas betul nak ke sana. huhuk.. kalau en.suami teman ok jgk. ada juga kawan sembang. dah la nak drive tu sometimes badan rasa tak ok. pening pagi2..

tadi inform juga kat nurse yang saya x boleh nak follow up makan ubat yang saya dapat sebelum ni. obimin dengan vit. zat besi. syukur dorang tukarkan dengan ubat lain. even ada 5 jenis ubat saya kena makan, tadi saya makan alhamdulillah.. takde lagi la rasa pening macam mana saya makan ubat yang sebelum ni. saya bukan nak elakkan dari makan ubat.. tapi sebab ada effect, baik kita stop dulu kan.. ye dok?


harap-harap la baby kat dalam ni sihat2 je walaupun saya sebenarnya tak kuat mana. makan xleh nak masuk sangat. kadang tu elok je makan, pastu kuar balik.. tu memang xleh elak. saya paham, kita rasa pening sume tu terjadi sebab baby serap zat kita kan? tapi saya nak buat macam mana. makan itu kuar balik.. makan ini kuar balik. sampai saya tak tahu apa sebenarnya yang saya boleh makan.. baby nak minta mama dia ni makan pizza ke pagi-pagi sayang.. :P

bertabah je la demi si kecik ni.. harap2 la esok2 dah kuar senangkan hidup mama dia ni ye.. biarlah mama awk ni bertahan dengan semua ni sekarang.. nanti dah kuar, senangkan sikit hidup mama awak ni pun jadilah.. ye baby..

* saya dah beli dah vitalea shaklee, setakat ni keadaan masih sama. makan pun pening juga. so saya terpaksa la skip2, dan makan ubat dari doc je dulu..


8 comments

  1. mimie.. mkn ikan bilis, kerang, bayam merah utk naikkan hb tu.in shaa Allah :)

    jaga diri k..

    ReplyDelete
  2. Mimie jaga diri elok2 terutama time husband takde kat rumah ya. Kuatkan diri dan paksa sikit diri utk makan demi anak. pujuk tekak mimie makan demi anak ya

    ReplyDelete
  3. jaga diri...cuba cari qaseh gold / jus pati delima / pati kurma untuk naikkan hb dan kurangkan loya.kite amal qaseh gold so far ok.dekat2 akhir ni jer kadang2 turun sikit hB.

    ReplyDelete
  4. banyakkan makan buah-buahan mimie..kecian kat baby

    ReplyDelete
  5. Makan jus jambu batu ea mimie..utk stabilkan darah.. Blh juga amalkan pati delima gulsan...

    ReplyDelete
  6. Pengorbanan seorang wanita yg bergelar ibu :)
    Jaga kesihatan ye kak..
    Ohh, akak stay kat area kem..
    kat mne kakk.???

    ReplyDelete
  7. Mkn buah pon kuar balik ke mimie??? Penangan baby sungguh ni...sabar la yer...insya Allah akhirnya akan bahagia. ..

    ReplyDelete