Assalamualaikum..
Selamat Sejahtera, Salam Jumaat..
Semalam
saya diminta kena buat BSP lagi sekali. Kata nurse di KKIA, mana boleh sekali
buat je. Paling tidak 2-3 kali..T___T
Pasrah.
Ikut je la arahan kan. Kalau kat HTD takde pun haritu dorang suh buat lagi bila
tengok result dah Ok.
Takpelah.
Bukan tak tahu macam mana prosedur nak buat BSP tu kan. Cuma ada juga la
perbezaan sikit dari segi masa bila buat di HTD dan KKIA ni. 2kali buat di
KKIA, 2kali kena cari klinik private. Nasib la tak kena bayaran mahal. Cuma kekok
sikit la bila buat di KKIA ni. Sebab dah terbiasa berurusan di HTD.
Result
yang saya terima semalam ialah :
-
Sebelum
Makan Pagi : 4.9 (Buat
Jam 8.00 Pagi)
-
Sebelum
Makan Tengahari : 4.5 (Buat Jam
12.00 Tengahari)
-
Sebelum
Makan Malam : 4.8 (Buat
Jam 6.00 Petang)
-
Selepas
Makan Malam : 5.0 (Buat
Jam 9.00 Malam)
Tapi
saya tak sure sangat nisbah dia berapa. Macam sebelum ni kalau pagi tak boleh
lebih dari 5.0. kalau 3 waktu yang lain tu tak boleh lebih dari 7.0. Tu kalau
buat kat HTD la. Kalau kat KKIA tak boleh lebih dari 6.0 eh?? Tapi kalau tak
lebih dari 6.0 pun memang saya tak capai tahap tu pun.
Padahal
semalam balun je makan. Lantaklah. Tak sanggup nak berlapar. Sian kat baby dia
dok gerak-gerak. Maybe lapar la kut. Lepas makan elok pula baby. Semalam lepas
balik pukul 12 tu, kaw-kaw makan nasi tu. Nak-nak makan masakan mak. Memang selera.
Makan nasi kosong ngan 2 ekor ikan kembung goreng. Tu pun dah syukur dah.
Pastu
pukul 1 lebih hentam makan roti. Dah terbiasa kan. Nekad je la kalau tetiba BSP
tu naik. Sebab mak cakap jangan sekat makan. Sian kat baby. So layankan je la. Tapi
3jam sebelum pukul 6 tu kira dah berpuasa balik la. Tapi air kosong saya minum
juga. Tak tahan dahaga sangat.
Yang
belah malam tu, lepas balik kul 6, minum juga air milo ais. Makan juga roti. Makan
cekodok ubi keledek sikit. Tak tahan lapar bila dok ngan mak ni. haha. Asik makan
je kerjanya. Syukur la result dapat 5.0 je. Macam yang first time buat BSP dulu
makan dok jaga-jaga. Dapat result 5+ tuk 3waktu tu. Yang ni tak sekat makan
elok je dapat 4+.
Dah
settle semalam tu memang lega. Harini kena turun KKIA balik tuk jumpa doctor. Kalau
pergi KKIA ni awal pagi, kalau tak tunggu 2jam, tak sah kan. Sampai sana tadi
kat-kat 8suku. Tadi sampai umah ngam-ngam 10suku. Bertabah je tunggu turn. Padahal
no.8. Naik kematu punggung duk kat sana. Sampai orang dari penuh sampai surut,
sampai penuh balik tak juga nama dipanggil.
3hari
berturut-turut turun KKIA. Tak pernah lagi kat HTD camtu. Sampai naik pelik mak
dengan abah. Nak buat camne. Zaman dulu dengan sekarang ni lain. Syukur la
boleh drive sendiri tanpa susahkan sapa-sapa. Kalau tak, jenuh la..
Tapi
yang tak best 1 perkara je la. Due saya 18.09.14 ni. doctor dah buat surat
siap-siap. If baby tak kuar lagi sampai 17hb ni, kena serah diri kat hospital..
T_____T
Doa-doa
la minta baby kuar awal. Paling lewat pun harap-harap la 16hb. Kalau boleh nak
elak dari serah diri dan kena masuk ubat tu..
Hai
la baby.. silalah keluar minggu depan ye sayang..
Belanja 1 gambar harini ye. buat kenangan. bukan nak menunjuk tau. badan dah membesar dengan jayanya. 38week 3day.
Nota : Sebab
kena serah diri, sebab sangkut dengan GDM ni la..
Ayu next week minum air gula. Huuu. Seram ni. Naik berat 2 weeks..1.4kg. Tlebih 0.4 je. Tp apekan daya.. Hopefully xde gdm..
ReplyDeleteoo.. yeke.. moga2 tak sangkut la dgn dgm ye ayu.. leceh tau bila kena gdm ni..
Deletealahai...moga di permudah segalanya..
ReplyDeletemekasih kak.. mudah2an..
DeleteDah sekat dah tu tarikhnye.. Byk2 kan berdoa, moga segalanye dipermudahkan.
ReplyDeleteinsyaAllah.. :)
Deleteswmoga dipermudahkan
ReplyDeleteamin.. mudah2an kak..
Deleteinsyaallah semuanye akan selamat.... nampak sihat je tuuu
ReplyDeleteAmin.. Mudah2an.. Terlebih sihat.. Hehe
DeleteSemoga dipermudahkan yer.. x lama dh tue baby nk keluar..=D
ReplyDeleteAmin.. Mudah2an kak.. Tu la.. Xtau la bila dia nk kuar ni.. Tertunggu2..
Deletewahh kejap je rasanya baby dah nak keluar.
ReplyDeletefighting! :D
Tu la.. Rasa mcm tak caya pun ada.. Hehe
DeletePasrah je la kan... Mujur sy sekali je test dulu..
ReplyDeletesaya pun ada pengalaman gdm masa mengandung last year..Alhamdulillah baby kuar sehari sebelum tarikh kena serah diri...semoga dipermudahkan yer...
ReplyDelete