Assalamualaikum..
hai semua ! =)
Sejak
dah ada Zahra, Zahra pun makin membesar dengan cerdik pandai ni, banyak masa
kena habiskan dengan dia. Sekarang dah pandai minta perhatian. Dah pandai minta
daddy dia dukung kalau daddy balik kerja. Dah pandai buli daddy suh layan kalau
daddy dia cuti.
Kalau
sembang dengan daddy kencang bukan kemain. Tu kalau dengan daddy. Kalau ngan
mama sembang biasa-biasa je. Over tau Zahra ni. Okay la.. cerita sikit je dulu
pasal perkembangan Zahra. Bab seterusnya nanti kita buat entry lain ye.
Adik
lelaki saya yang tentera tu kebetulan dia ada operasi kat asahan. Tapi kem tu
berdekatan dengan kem gemas ni kut. Entah la, saya pun tak pasti nak terangkan
macam mana. Duduk kat asahan ke dalam kem gemas ni. kebetulan bila time solat
jumaat, dorang akan keluar. Dorang akan solat kat masjid yang dekat depan blok
umah saya ni. dekat sesangat la.. Jalan kaki je pun kalau nak ke blok saya ni.
So, setiap jumaat, tiap-tiap minggu memang akan singgah umah saya la.
Sebelum
tu dia ada bagitahu nak singgah makan tenghari. Siap tanya boleh ke tak. Dah nama
pun adik, tak kan nak tumpang makan pun tak boleh kan? Lagipun rezeki. Tak baik
kedekut dengan orang,kan? Sebab rezeki yang datang pada kita ni pun pemberian
dari Allah.
Allah,
seronok jangan kata la bila adik kata nak tumpang makan tengahari tu. Seronok sangat-sangat!
Teruja nak masak tuk adik. Even dia sorang, terujanya macam 10 orang nak datang
makan. Kahkahkah.. kenapa rasa teruja? Sebab dulu masa kat ipoh la, kalau saya
masak kalau suh makan tu macam nak tak nak je. Macam ahkak dorang ni masak buh
racun je.. hahaha
So,
bila dapat masak tu, fuhh, seronok. Saya akan masak 1 lauk berat. Macam kari
ke, kurma ke, pastu nanti goreng sayur, pastu tengok la goreng ikan masin ke,
papadom ke, tengok la apa-apa yang boleh la kan. Tapi nak settle 1 lauk tu
ambik masa 3jam juga tau. Dek kerana Zahra kalau hari jumaat je dia tido tak
lena. Confius mak nak. Kenapa perangai awk gitu.
Tapi
dalam masa yang sama settle kan juga basuh kain, kemas umah, sambil masak cuci
pinggan mangkuk. Terus kuar segala peluh. Kerjanya tak seberapa, tapi peluhnya
bukan kemain. Terus rasa macam superwomen jap bila dapat buat macam-macam
perkara sekali gus.
Bila
adik datang makan, rasa seronok sangat. Seronok rasa macam nak kuar airmata,
boleh gitu?? Haha.. bukan apa, bila saya dengar dia cite makan kat hutan tu
bukan sedap mana pun, jadi kita rasa bersyukur sangat bila tengok adik makan tu
penuh selera. Paling saya terkejut tengok adik makan bertambah. Allah.. bersyukur
sangat-sangat sebab masakan yang tak seberapa tu dihargai.
Minggu
pertama adik datang tu dia bagitahu. Semalamnya kena pergi RSAT. Ramai juga
yang kena ke sana. Bila tanya kenapa? Katanya sakit perut. Tak tahu la silapnya
kat mana. Allah, sedih dengar tau. Masa dia datang umah saya pun masih berbaki
sakit perut dia tu. Bila dia kata macam tu, terus minggu depannya dia bagitahu
nak datang makan, saya masak penuh semangat untuk dia.
Allah..
tu la perkara paling saya rasa sebak bila dapat masakkan tuk keluarga saya. Untuk
suami saya. insyaAllah sikit hari lagi untuk Zahra. Paling rasa terharu,
masakan kita yang tak seberapa tu habis. Allah.. syukur dapat berkongsi rezeki
dari Allah. Bila adik nak turun pergi solat, (dia singgah sebelum solat), mesti
akan cakap ‘terima kasih sebab masakkan’.. rasa nak kuar airmata dengar. Sebab??
Saya tak sangka boleh masakkan tuk dia dalam keadaan saya yang kelam kabut nak
uruskan Zahra yang manja ni..
Psst
: suami dah complain kat diri sendiri badan dah naik. Acamner tu??? Sedap sangat
eh masakan kita??? *kelipmatalajulaju* :P
syok mkn ramai2..:)
ReplyDeletehihi kalu eka pon terharu rasa adik2 n family suka masakan kita. Rasa seronok sgt kan bila org makan masakan kita. Adik2 eka lagila. Masak megi kari pun nak eka masakkan. katanya masak sendiri tak sama macam kaklong masak.
ReplyDeleteZahraaa. Amboi manja daddy ni hehe
sedap la tu :p
ReplyDeleteRasa trharu sgt klau Apa yg kita msk d hargai kan..trus kembang kecut kihkih
ReplyDeletekan! seronok bila dpt masak utk org tersayang hehe..
ReplyDeletebila masak dengan penuh kasih sayang, masakan tu akan jadi sedap...untung keluarga akak. ;)
ReplyDeletemasakan yang penuh kasih sayang, walaupun simple tetap sedap pada sesiapa yang menjamahnya..
ReplyDeleteyang penting kita masak sendiri..hehe
ReplyDeleteMasak untuk orang yang tersayang memang lain plak rasanya....
ReplyDelete3 Bahan Penting Yang Berikan Warna Di dalam Buah Dan Sayur Yang Anda Ambil Setiap Hari
psst.. normal tu.. ckp dia nnt stndby saiz uniform lain.. hihi
ReplyDeletewah wah..mesti masak sedap tuh...
ReplyDeletebila adik2 mkn masakan kita memg seronok sgt2
ReplyDeleteIni mesti masak sedap ni. Badan encik suami dah naik..hehe.
ReplyDeleteAlhamdulillah dimudahkan urusan memasak..terharu bila adik mkn habis dan ucapkan tq..sebak sue..
ReplyDeletesuami komplen badan naik sebab isteri tu biasaaa kan ? hahaha .. paham2 ..
ReplyDelete