Perkembangan Setiap Anak Tidak Sama!

Saturday 6 June 2015

Assalamualaikum.. hai..

cerita tentang anak je la sekarang ni kan. janganlah ada yang muak ye. hehehe.. nak buat macam mana, cerita pasal maknya kang ada yang kata over. hehehe..

cerita pasal zahra, meh nak cerita sikit. kalau kita jumpa orang, mesti orang akan tanya 'dah berapa bulan sekarang?' bila jawab 'dah 8bulan dah'.. mesti orang akan tanya lagi..'dah pandai apa'??

saya kalau dapat soalan, 'dah pandai apa', blurrr je nak jawab. macam macam dah pandainya. kalau nak cakap satu persatu, sampai esok tak habis kan? balik-balik soalan yang kena, dah pandai merangkak belum ni??

bila jawab belum, mesti orang cakap 'eiii..malasssss ni.. berat montot'.. adoiyaiiiii.. tu ke reasonnya budak lambat merangkak???? pada saya la, xyah la nak sebut Malas tu.. kalau 10 orang cakap benda sama, dah kira macam doa pula yang anak kita ni malas!

zahra bukan malas pun. dia sentiasa usaha. dah dia belum lagi ke arah tu, tak kan saya nak paksa. lagipun dia elok cergas, aktif, orang lain pula yang sibuk sibuk!.. sentap hati kita tau bila orang asik cakap malas. kalau daddy zahra cakap malas pun, kena sound dengan kita. jangan cakap anak malas, nanti dia betul-betul malas!..

walaupun zahra tak pandai merangkak lagi, tapi dia nampak tunjuk kan diri ke arah nak duduk sendiri. masa balik dari checkup haritu 3hb jun, tiba tiba je dia duduk macam ni.


walaupun belum tegap dan kuat, tapi 2kali dia dapat duduk macam ni. Allah.. seronok sangat bila dia dah nak pandai duduk. bila orang cakap, 'ehh, anak kita 6bulan dah pandai nak berdiri, ehh, anak kita 8bulan dah jalan, saya dah set dalam diri, setiap anak tak sama perkembangannya.

saya sikit pun tak cemburu..buat apa nak cemburu, semua tu Allah dah aturkan. bila sekarang ni zahra dah ligat sangat-sangat, terasa rindu pula masa dia baby dulu. masa dalam pantang asik tido.. so saya tak kisah pun kalau umur 9 bulan baru nak pandai merangkak.. umur 10bulan pandai duduk.

sebab!..

tak kan la budak tu sampai dia besar panjang dia nak camtu je kan.. betul tak?? 

8 comments

  1. alolo..dah mula pandai nak main tu.hehe

    ReplyDelete
  2. betul
    tak yah stress sgt ka. wat lek wat peace hihihi
    tapi kan tapi kan situasi kita sama.huhuhu
    rania kena gigi..
    .. dulu eh..... dah ada gihgi umur sekian sekian, boleh jalan... bla.. bla.. bla..
    tolong la kan..

    jgn bg mak ma stress blh tak..

    ReplyDelete
  3. biarkan je org bising2 tu mimi.. dulu2 isma selalu sentap jgk.. lama2..lantaklah.. baik kita positifkan minda dan hati kita.. anak kita..kita tahu la kan.. kita nampak usaha dia dan perkembangan dia.. lagi satu paling PANTANG!

    sebab kita jaga anka kita 24 jam... bila jumpa orang, kadang dia tau mahu dgn org, sesedap je mulut kata nak kita ANTISOSIAL.. hamboi2... ha kan den dah marah... anak kita memilih la juga nak kat orang...kita rasa ada eloknya.. kita suka je kadang tu..sebab takde la dia nak kat orang yang tak kenal... hihi...

    ReplyDelete
  4. enjoy je xyah nk stresskan.sy xkisah anak sy lambat..br masuk 9 bulan pandai duduk merangkak..skang tgh usaha nk diri ..sy x kisah pon sy enjoy kalau blh nk gomol2 mcm cpt sgt dia besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. rasa cepat sangat diorang membesar ^^

      Delete
  5. XPE...MMG SETIAP ANAK LAIN2...KITA JUST PANTAU N MAKE SURE SEMUA OKEY...KLAU RISAU DPTKAN NASIHAT DKTR...INSYAALAH..

    ReplyDelete
  6. normal lah .. org mmg suka banding2 kan.. hadap je la smntara nk besar ni..

    ReplyDelete
  7. betul!nak compare2 pulak..
    lama dah tak singgah sini..hehee..besar dah anak akak ^ ^

    ReplyDelete