Susahnya nak tempuh cabaran tu!

Monday 15 June 2015

Assalamualaikum.. Hai..

Sekarang ni saya cuba buat sesuatu bisnes dari rumah. Mungkin sebab faktor dah pernah kerja suatu ketika dulu, pegang duit gaji sendiri, rasa tak seronok pula bila tak bekerja. Nak nak sekarang ni zaman GST. So kena juga la ada duit tangan sendiri,kan.. Tak banyak pun takpe, janji lepas duit nak beli coolblog 2,3 kali pun okay la. Ehhh, coolblog pun kena GST tau.

Saya mulakan dari dropship. Now masih lagi jadi dropship. Kalau orang tanya kenapa taknak kerja luar, susah sebenarnya nak jawab. Banyak faktor sebenarnya. 1 daripadanya anak. Rasa tak sanggup nak tinggalkan zahra dengan pengasuh. Nak nak zahra jenis merap. Karang BS tak tahan, dah kena dera pula. Tak sanggup.

Sebab kedua, siapa yang tahu gemas tu macam mana, akan paham. Pekan kecik. Ada yang kata tak berbaloi kerja dengan gaji yang kita dapat. Pastu nak bagi pengasuh lagi. Erm.. Banyak reasonnya. Tapi kalau tulis banyak banyak pun nanti orang kata, 'kalau taknak kerja beribu alasan boleh dicipta'.. Kan?..

Bila dah kaji banyak aspek gitu, pilihan saya biarlah duduk rumah, jaga anak, makan minum pakai suami terjaga. Dalam masa yang sama masih lagi boleh bekerja dari rumah. Buat sesuatu slow slow. Biarlah merangkak sikit sikit walaupun sakit nak tempuh.


So jalan terbaik, saya jadi dropship. Buat masa ni saya buat dropship kain pasang serta barang kosmetik. Ehh, dengar kata pihak kkm tengah serbu post office eh nak cari barang yang takde kelulusan??? Hope jangan cari saya ye. Saya jadi dropship je. Tak simpan stok okay. Just kuar modal ayat tuk promote je.

Berbalik pada tajuk, ada ketika tu saya rasa giveup sangat. Yang teramat sangat. Promote bagai nak rak, tapi takde pun orang nak beli. Sentap la kan. Tapi bila tengok orang lain tu promote benda sama, kadang mahal sikit, lakuuuu je..

Terkadang fikir juga, kenapaaa la susah sangat nak buat bisnes. Even dropship? Sedihnya rasa. Bila bagi harga murah, orang kata tak ori. Letak harga standard, kata mahal. Dah tu, korang nak harga macam mana?
Actually, setiap harga yang dirasakan tinggi tu, saya masih boleh bagi kurang tau. Janganlah risau. 

Insyaallah, jika diberi keizinan saya mulakan dari dropship ni berjalan lancar, saya akan daftarkan bisnes online saya. Hope jangan ada yang segan segan ye if nak tanya sesuatu barang dari saya. :)


Sebelum terlupa, nak jemput kawan kawan singgahlah page saya 'khadijah wardrobe' ye. Insyaallah saya sentiasa update dari masa ke semasa. 

9 comments

  1. good luck kak, semoga berjaya..page 'khadijah wardrobe' tu kalau sediakan link, lagi senang orang nak singgah

    ReplyDelete
  2. semoga bisnes semakin maju slps ni, bukan senang nak senang kan. InsyaAllah selalu positif, senyum, sedekah dan buat solat sunat dhuha. :)

    ReplyDelete
  3. sabar.. mula2 memang macam tu.. jgn putus asa.. terus promote ye.. saya pun kalau boleh nak bisnes dari rumah je.. tapi belum ada rezeki.. insya allah in future..

    ReplyDelete
  4. good luck mimie..cik nor pun merangkak jugak jual tudung..:)

    ReplyDelete
  5. good luck mimie ! smoga perjalanan bizz di permudahkan. Aamiin.

    ReplyDelete
  6. semoga dipermudahkan.. bukan mudah nak senang.. bukan susah nak susah..

    ReplyDelete
  7. Moga terus maju jaya... Jgn mudah putus asa... Bykkan doa dan tawakal kerana rezeki tu dari Allah jua... Jika apa yg kita jual tak laku...maknanya kita beri harapan...tapi kita kurg tawakl kepadany...

    ReplyDelete
  8. Jgn putus asa mimi...insyaallah..mungkin lmbt sikit..lagipun mimi br lagi..bnyk persaingan skrng ni...good luck ye..

    ReplyDelete
  9. Berbisniss ni memg perlu mental yg kental..bykkn sbr ya mimie.satu hari nnt pasti mimie blh berjaya.sama2 kita usaha jdi usaha wanita yg brjaya insyallah

    ReplyDelete