Bisnes Sampingan.

Tuesday 11 August 2015

Assalammualaikum.. Selamat Pagi bloggers, silent readers, stalkers and all..

Alhamdulillah.. Saya sekarang try do it something yang boleh menghilangkan boring, sekaligus ianya boleh dijadikan pendapatan sampingan. Siapa kata saya duduk rumah goyang kaki, tengok anak, makan tido je.. Tak ye.. Even fulltime housewife, tak cukup masa dengan kerja rumah, tak perlu bersesak sesak keluar rumah pergi kerja, saya tetap cari idea nak bantu husband. Memanglah bukan paksaan dari dia, tapi dek kerana zaman GST ni, kena juga cari sesuatu.. Lain la kalau dalam akaun dah ada RM2.6 BILLION kan. Haha!

Sekarang ni saya mulakan dengan handmade brooch ni. Alhamdulillah, 2,3 minggu lepas ada sorang akak dari sebuah butik di tampin ajak jadi vendor. Mula mula tu macam blur la juga, vendor tu apa.. Heeeee.. Maklumlah.. Kita ni bisnes dari rumah je. Bila dia dah terangkan, barulah paham..



Insyaallah sabtu ni saya akan pos brooch brooch yang dah siap. Allahuakhbar.. Takut sebenarnya, yela, hasil tangan ni tak seberapa pun.. tapi orang kata kalau kita tak cuba, kita tak tahu kan? Saya anggap ni rezeki anak.. Atau, mana nak tahu Allah bantu saya ni sebagai permulaan.. Jadi saya cuba sahut cabaran ni..



Actually banyak perancangan saya.. Tapi saya mulakan dari yang ni dulu.. Moga moga berjalan dengan lancar.. Doakan ye tuk saya.. Teringin sangat nak berjaya macam kawan kawan blogger yang lain.. :) tumpang happy dengan kawan kawan yang berjaya dalam bisnes..  :)

Kalau ada kawan kawan nak tempah, boleh la whatsApp no saya tanpa segan segan ye. 011-24181178.. Jangan pula ada yang gatai gatai whatsApp saja nak kenal pula.. I kick nanti.. Haha..

Ohh.. Bab harga jangan risau tau.. Semua bawah Rm5.. Saya jual murah murah je..

Stok kain dalam proses nak hasilkan brooch.. 

Siapa nak order tuk dipos sabtu ni inform ye.. 

19 comments

  1. wah cantki.moga suksess

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum :) kreatif ya sis. Semoga bisnes sampingan sis maju!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum :) kreatif ya sis. Semoga bisnes sampingan sis maju!

    ReplyDelete
  4. Kemas, cantik dan menariklah Mimie
    Moga terus success..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah
    good luck mimie
    chaiyok chaiyok

    ReplyDelete
  6. Wow...Best nya ada bisnes sampingan..Semoga berjaya..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, smoga bizz mimi maju ! In Shaa ALLAH.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah rezeki, semoga berjaya ye mimi :)

    ReplyDelete
  9. Salam sya mimie,
    Tahniah, semoga bizz lebih maju.. kipidap!
    Cantik brooch tu.. Comel..

    ReplyDelete
  10. vendor di tampin?
    kampung aida tu :)
    nice...
    aida byk gak koleksi brooch kain (beli bukan buat sendiri) utk anak2 dara berdua :)

    ReplyDelete
  11. GiveAway Sketch Picture By Eintan Nurfuzie
    Nak Sketch Pic free?
    Jom test luck korang kot kot terpilih
    dan berita baiknya, terbuka untuk blogger, faceboker dan instager..
    http://www.nurfuzie.com/2015/08/giveaway-sketch-picture-by-eintan.html

    ReplyDelete
  12. wah..kreatif dan cantik.. mudahan murah rezeki..mana tau dari busines kecilan ni dah boleh bukak bisnes vendor sendiri kannn

    ReplyDelete
  13. Salam singgah sini sis...Alhamdulillah...semoga rezeki dan bisnes sis bertambah maju...

    Diana follow sini #1793

    ReplyDelete