PUTUS ASA!

Thursday 10 December 2015

assalamualaikum..

dalam kehidupan kita ni, kalau ada sesuatu yang kita suka buat, last-last benda tu tak support mesti buat kita rasa down kan? ye, saya akui, saya rasainya sangat. tipu sangat kalau semua tu tak wujud dalam perasaan ni..

sekarang ni dah tak kerja. paham paham la bila fulltime housewife kan. bukan duduk rumah goyang kaki semata mata. cuma kalau kita kerja, imbuhannya kita dapat $$$ la kan.. bila buat kerja dirumah, imbuhannya kita dapat ganjaran PAHALA je la kan.

zaman sekarang ni semuanya memerlukan $$$$.. Tanpa $$$$ semuanya susah nak jalan. Nak nak zaman GST ni. Bila tanya kenapa sesuatu barang tu mahal, alasan GST!!!!.. semuanya GST!.. naik muak dengar.

Ohh ya.. dulu zaman kerja senang sangat nak berblog. selesai kerja atau stress ngadap kerja, boleh juga Blogwalking. sekarang ni??? jangan mimpi laaa.. apa yang saya perasan, kalau dulu senang sangat pendapatan di NUFFNANG masuk. sekarang?? seminggu hanya RM0.25 Terbaik sangat pendapatan banyak tu. walhal update je blog. :(

sedih sangat. naik putus asa nak teruskan berblog. tapi mengenangkan kena pikir, "blog ni sebuah diari..cuma diari kita ni bukan diari zaman dulu kala.. tulis kat situ, tutup simpan bawah bantal.. diari sekarang canggih.. boleh kongsi cerita dengan kawan-kawan.. Then dengan diari ni la semua kenangan tersimpan.."

Bisnes TAK JALAN!.. ni lagi la sedih.. apalah nasib kadang tu.. dok pikir macam tu je.. sampai cakap dengan ddy zara lagi.. dah tak tahu nak cuba buat bisnes apa.. buat dropship pun tak jalan. last-last kuota internet yang habis.. :(

Orang kata kalau nak berbisnes kena buang perasaan MALU.. In Shaa Allah.. demi anak saya akan cuba buat sesuatu. Saya mulakan dengan bisnes Sambal Ikan Bilis Kering ni dulu. Mula-mula tu seganlah juga. Yelah, apalah sangat kan dengan sambal ni. Tapi.. Saya buat ni pun sebab bila saya tengok carian kat blog ni banyak tentang Sambal Ikan Bilis Kering ni.. Macam-macam keyword yang keluar..

Try promote mana yang boleh. Yelah, risau la juga kan bila orang nanti kata, "rasa tak lah hebat mana, promote bagai nak rak".. mesti sedih kan? Alhamdulillah.. setakat ni saya dah buang sikit perasaan Sedih tu.. Saya cuba bangkit. buang rasa putus asa tu walaupun ada sebenarnya perasaan tu dalam diri.


Erm.. then sekarang ni dah hujung tahun.. belum lagi pergi bercuti. rasa nak je BERCUTI BERSUKA RIA kat mana mana.. Ya Allah.. konfirm dapat baiki sikit perasaan down ni kan.. hehe..


7 comments

  1. as salam mama zahra,
    betul tu.. siapa tak penah rasa putus asa kan ?
    hope kita selesai dgn cara baik..
    In Shaa ALLAH.

    ReplyDelete
  2. Bercuti dekat2 pun dah ok..tetapkan budget..

    ReplyDelete
  3. Mimie jangan putus asa tauu inshaallah ada nanti.
    Adat niaga ada turun naik,azie pun alami perasaan mimie ..

    Down..mmg down tapi kita kene kuat..

    Azie doakan moga bisnes mimie berjaya ..
    chaiyookk mama zahra

    ReplyDelete
  4. sabar eh....kehidupan kita memang ada pasang dan surut..kena duduk muhasabah diri dan terus usaha lagi...insyaallah

    ReplyDelete
  5. akak pernah rasa seperti yang mimie rasa..mase memula jadi surirumah dulu...tapi kalau kita selalu redha..dan yakin rezeki tu milik Allah..insyaAllah..Allah akan cukupkan apa yang kita perlu..yang penting SABAR dan REDHA..

    ReplyDelete
  6. Dont give up mimie...nak mulakn sesuatu tu memg memerlukn tahap kesbrn yg tinggi...mcm lya juga jgn fikir putus asa, cuba dulu insyallah rezki tu pasti ada

    ReplyDelete
  7. ala, nape ni.
    jgn la mcm ni.cuba lagi.

    pppsstt:bru2 ni ciksu pon ada gak survey tempat utk ltk brg, bila tnya lebih kurang mcm tempat mimie juga. mmm, masih berkira2 nak letak, slps mnta pndapat mak.. tgk la mcm mna.

    mimie, cuba search ni, kot2 blh bg idea dan semangat balik
    Ni akaun facebook tenaga pengajar.. cer try search jika berminat..

    azhar hamid
    copywritter
    @guruniaga

    usaha lagi k. in shaa Allah. ada rezekinya tu.cuma mimie kena lipat gandakan usaha dan rajinkan diri lagi. jgn cpt melatah

    all the best

    ReplyDelete