Selesai Shopping Dengan Voucher.. ..

Saturday 30 January 2016

Assalammualaikum..

8 perkara ni boleh buat kita kaya??

Harini balik melaka. Sebelum balik umah mil, ajak ddy ke aeon ayer keroh ni. Saja berjalan. Sambil niat nak tebus voucher Rm40 tu la.. Kunon-kunonnya nak beli la baju mama sehelai, zara sehelai. Tapi...

Alahai.. Nilai rm40 sekarang ni macam tak nampak barang je bila membeli. Kalau kata aeon tu nak shopping rm40, macam tak nampak apa sangat kan. Tapi bersyukur juga sebab shopping sesuatu tanpa perlu kuar ringgit sendiri dengan banyakkan..




Tadi yang dapat ni je. Malahan kena tambah duit sikit la. Baju murah-murah je untuk zara. Mama belikan ikut kemampuan. Yang warna pink tu gaun. Rm27 je. Jenama cuddles je. Hat purple tu Rm10 je. Stokin Rm8.90. Jenama pureen je. Jadilah.. Ni la yang dapat untuk tebus voucher tu. Ingat nak beli barang sendiri, tapi pikir balik zara pun baju dah kurang, so belikan la barang zara. Rezeki anak kan.



Then settle bab shopping, terjah KFC pula, tebus voucher haritu. Mama zara ni muak dah makan ayam kepsi. So pilihan kali ni zinger burger 1set je la. Air tukar milo ais. Just add Rm1.30. Ddy zara try ayam kicap meletop 1 set juga. Tambahan bayaran tadi Rm4.15 sahaja. Tebus voucher Rm20 tu.



Alhamdulillah.. Rezeki harini.. Tak keluar belanja banyak pun. Kena bajet-bajet. Kalau ikut perasaan dan nafsu, memang nak shopping kan. Tapi, kena la beringat. Beli mana yang perlu sahaja.

4 comments

  1. bestnya dpt voucher. btw, omey baby zara.. :D

    ReplyDelete
  2. berbaloi sis... dgn 40 dpt beli 2 pasang baju n socks kan sis...

    ReplyDelete
  3. ok sgtlah dapat 2 baju tu..kannn..duit sekarang dah bukan macam air..macam kilat..nk carinya punyalah susah..

    Allahurabbi

    ReplyDelete