Tips Menggayakan Floral Dress

Monday 14 March 2016

Assalamualaikum.. Hai..



Siapa disini minat mengayakan dress? Tahu tak, kalau anda salah seorang peminat floral prints dress, ada beberapa tips yang perlu anda tahu untuk menyerlahkan keyakinan semasa memakainya? Jom ketahui sedikit sebanyak tips yang cukup mudah dan ringkas mengenai floral dress ni.


Floral Dress. Ramai pakar fesyen atau fashion expert bersepakat bahawa floral prints tidak akan pernah outdated. Fesyen floral ini sentiasa evergreen dan sesuai dipakai oleh semua jenis wanita tidak mengira umur bentuk badan. Floral Dress sentiasa menjadi pilihan ramai kerana membuatkan si pemakai mendapat auranya yang tersendiri. Floral looks good in everybody tetapi terdapat beberapa panduan yang boleh anda ikuti untuk mendapatkan penampilan yang sempurna dan anggun menawan apabila menggayakan koleksi floral dress seperti berikut.


1.      Firstly, tahu bentuk badan anda terlebih dahulu dan pilih jenis potongan dress yang sesuai untuk dipakai. Misalnya, jika anda mempunyai bentuk badan yang curvey, bodycon dress adalah potongan dress yang terbaik.

2.      Elakkan memakai floral dress yang mempunyai lebih daripada 3 kombinasi warna. More than 3 will be a great messy.

3.      Pastikan anda memakai floral dress ini ke acara atau tempat yang bersesuaian. Floral dress untuk menghadiri temuduga? Bukan satu pilihan yang bijak.


4.      Pilih beg tangan dan kasut yang tidak bercorak dan padankan dengan warna yang bersesuaian agar anda mempunyai penampilan yang sedondon. 



Dan perlu diketahui juga ye, floral dress juga boleh digayakan dengan aksesori tambahan untuk lebih menyerlahkan lagi keterampilan anda dikhalayak ramai. Untuk aksesori tambahan yang boleh anda gayakan bersama floral dress pula adalah seperti berikut;

  •    Anda boleh memakai tali pinggang dengan warna yang kontra untuk penampilan yang lebih menyerlah.

  •   Gayakan leather jacket atau denim jacket sebagai outerwear anda untuk kelihatan lebih ranggi.

  •   Dan untuk gaya yang elegan atau untuk dipakai ke pejabat, anda boleh memakai blazer sebagai pakaian luar anda. 


Floral Dress. Jangan pernah lupakan ia. Sesungguhnya bila anda mengayakannya sekali sekala ia akan membuatkan anda lebih berkeyakinan tinggi dari biasa.  Jom kita bergaya bersama floral dress. Sesekali kita perlukan bertukar angin dalam berfesyen kan? Anda pasti lebih menarik dari biasa.

5 comments

  1. Cantik2 dress. KIta suka pakai cardigan n jeans atau skirt plain hehe

    ReplyDelete
  2. Cantiknya dress ni... Best pakai kat rumah..

    ReplyDelete
  3. Cantiknye.. Shaz bdn kecik , stiap kali beli dres or blouse.. Shaz.prefer flower yg besaq2. hehe. Zaman mak2 kita dulu baju bnyak bunga2. haha

    ReplyDelete
  4. xde floral dress..bju kurung floral ade..hikhik

    ReplyDelete