Kenduri Dan Goodies

Sunday 4 September 2016


Kenduri Dan Goodies




Assalammualaikum.. Salam hujung minggu.. Waaa, cuti hujung minggu nampaknya banyak blog pun bercuti jugak eh.. Kalau ada entry pun, banyak yang dah disetkan,kan?

Walaupun harini cuti, tapi sebab surirumah ni memang sentiasa kat umah 24jam, so sama je la keadaannya. Hari cuti ke hari kerja ke rasa sama je. Kecuali kalau suami cuti bawak holiday, haaa, baru terasa nikmat cuti tu kut.

Semalam ada kenduri kawen di segamat. Lari (dengan kuasa enjin ye) ke sana jugak la sekejap. Sebab masa terhad. Ddy zara ada tugas. Pergi pun sebab amanah dari mak. Wakilkan mak untuk pergi & hulur duit sumbang. Lega bila amanah tu dapat dilaksanakan.




Balik tu dapat goodies ni. Comel je kan. Trend kat kampung kat segamat tu, dapat goodies pop corn bubuh dalam bekas ni. Kalau kacang dalam botol kaca ni biasa dah kita tengok kan. Pastu ada pop corn dalam plastik bentuk corn.
Zara dapat. Tapi biasalah, dah dingap dulu dalam kereta. Bunga telur pun ada. Tapi biasalah, dapat kat zara, dikirainya habis. 




Pastu dapat nasi berkat ni. Alhamdulillah.. Rezeki.. Semalam betul betul gantung kuali. Hehehe.. Ddy zara tak makan dah. Zara ngan mamanya je makan. Nampak macam sikit je kan. Tapi banyak tau. Kongsi berdua ngan zara pun kenyang. 

Kalau pergi kenduri kawen la terutama sekali, tak sah kan kalau takde goodies ni. Orang kata buah tangan buat tetamu yang hadir ke majlis. Tetamu yang hadir rasa seronok je terima buahtangan kan? Lagi-lagi kanak kanak.. Ehhh, kalau saya pun suka. Hehehe.  Tak kira la apa isi nya pun. Macam tadi dapat bekas pop corn. Dah habis pop corn, boleh guna untuk isi benda lain kan?




Then, Kebetulan cousin open order crepe durian ni. Saja dia nak mencuba. Apa lagi, alang alang memang nak balik kampung tu, order la sekali. Nikmatnya rasa. Bukan selalu dapat jumpa crepe durian ni kan. Dah depan mata, order je la. Dapat harga murah murah je. Haritu beli kat tesco melaka.4biji tu rm11.40.
Terperanjat jap tengok harga. Tapi dek kerana teringin masa tu,beli aje la kan. Tak kan sendiri nak makan nak kedekut,kan.hehehe..



Nota : mood kenduri dah bermula nampaknya... 

6 comments

  1. betol tu.. kalau nak makan jangan berkira sangat. beli je teruihh...

    ReplyDelete
  2. semuaaa sedapppp sedap belaka :D

    ReplyDelete
  3. wow hebat juga goodies bgi popcorn gn kacang.. selamat hujung minggu..

    jemput join segmen terbaru sy yer. :)

    ReplyDelete
  4. bestnya dpt pop corn
    dah ramai buat gini kan.. senang
    telur dh tak da skrg ni. tetiba rindu pulak bunga telur. hiks

    ppssstt: a'aaa mimie tgh standby nk posting jek ni.. tp dgr dgr kuching.. huhuhu

    ReplyDelete
  5. Seronok je bila dapat goodies.. Tak kisah la apae pun bentuk goodies nya kan..
    Nasi berkat tu nampak best..

    ReplyDelete