Rezeki Seorang Blogger!

Thursday 10 November 2016


Rezeki Seorang Blogger!





Assalamualaikum..


Orang cakap jadi blogger ni senang.  Ala, buat la blog. Pastu pung pang pung pang la tulis dalam tu. Pastu tepek la iklan nuffnang ke, cukup masa tunggu je duit membiak.


Untung la sangat kan kalau boleh macam tu. Pung pang pung pang dalam blog kalau sekadar nak bergosip, cerita bab panas-panas then ngutuk ngata orang je pun tak boleh jugak kan. Takut pulak rezeki yang masuk tu tak berkat. Mana tahu, orang yang baca pun nanti akan kata yang tak elok. 


Kenalah juga bahan cerita yang dikongsi tu mendatangkan manfaatnya kan. Yela, dah sah-sah la bahan cerita tu akan tersimpan dalam blog tu untuk sekian lama kan selagi blog tu berfungsi dan cerita tu tak padam. 


Ehh.. panjang pulak intro kita ni. Haha!.. 


Alhamdulillah. Balik ipoh ni dimurahkan rezeki. Dapat job review dari beberapa company. Itulah yang seorang blogger seperti saya harapkan. Nak juga dapat peluang job seperti kawan-kawan lain. Yela, tak kan ada blog ni nak tepek entry syok sendiri je sepanjang masa kan. 


Kalau kita ni blogger hebat, famous amosss boleh la kan. Cerita pasal pagi tadi pergi pasar jumpa ikan kembung pun orang syok baca. Komen berjela-jela. Kalau blogger ibarat dilautan pasifik ni siapa nak kisah. Ye dak?


Sementara diberikan rezeki, in shaa allah saya akan teruskan dengan rezeki dari berblog ni. Jangan segan-segan ye kalau ada sesiapa yang nak minta tolong untuk buat review. Sama ada yang berbayar mahupun diberikan produk. 



Nota : waiting new parcel again. 😍😍


13 comments

  1. Alhamdulillah..betul..bukan mudah nak bangunkan blog..huhu..kadang rasa karam kelemasan..

    ReplyDelete
  2. allhamdulillah sis... klu dah rezeki tak ke mana... all the best sis:)

    ReplyDelete
  3. wah banyaknya dia dapat...cik akak tak dapat apa..haha

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. rezeki :) tahniah!

    ReplyDelete
  5. Rezki dtg dlm pelbagai cara..kita pun nak juga aktif mcm dlu2 tpi keadaan mmbataskn dgn kesibukan

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. murah rezeki

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum...

    insaallah... ader rezeki lain.. walaupun blogger biasa2 aje.. moga diperluaskan rezeki.. Amiinn.

    mselim3

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum mimie. Alhamdullilah rezeki awak. Bestnya. Teruskan review dengan ikhlas, insya Allah... banyak lagi job masuk..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah rezeki non stop plak nak hujung2 tahun ni ye heee

    ReplyDelete