6 Website Yang Sangat Penting Pada Masa Kini Wajib Diketahui

Friday 2 December 2016

6 Website Yang Sangat Penting Pada Masa Kini Wajib Diketahui

Assalamualaikum.. 

Zaman sekarang ni rasanya semua orang susah nak hidup kalau takde media sosial kan? Ehh, betul ke? Maklumlah, zaman sekarang kan dah maju. Serba serbi canggih. Nak tahu apa saja maklumat semua kat hujung jari. Betul ke, salah ke, semua terletak dihujung jari. Klik-klik, dapat la jawapannya. 

Ehhh, panjang pulak intro harini kan. Sebenarnya saya nak cerita sedikit tentang 6 Website Yang Sangat Penting Pada Masa Kini Yang Kita semua wajib ketahui.

Pada Tahun 2014 sahaja, terdapat lebih kurang 1 billion website dan blog yang muncul.. Mesti awak semua terkejut kan? 1 Billion tu bersamaan dengan 1000 juta, sejuta ada sebanyak seribu kali. Kalau website dah banyak sangat yang muncul, mesti kita rasa susah nak cari website yang sangat berguna dan penting pada kita kan?

Kat sini, kita nak share sikit beberapa website atau blog dalam Malaysia ni yang sangat berguna tetapi ramai orang tidak tahu. Antara 6 website yang wajib kita semua lawati tetapi ramai yang tidak tahu akan kewujudan website-website ini. Antara website yang dimaksudkan dan dapat memberi manfaat kepada orang ramai itu ialah :-



Government.my menyediakan lebih 10,000 jawatan kosong sektor awam yang khusus di Malaysia. Laman web atau blog ini menyediakan banyak peluang-peluang pekerjaan baru. Di samping itu website ini menyediakan pelbagai info dan isu semasa yang berkaitan. 




Laman web  JawatanKosong.co ini pula lebih fokus kepada mereka yang mencari jawatan kosong dalam sektor kerajaan dimana jawatan ini gajinya lebih lumayan, terjamin dan sudah pastinya senang nak buat loan betul? Akan tetapi kerja kerajaan ni sudah pasti bukan senang nak apply, orang kata kena guna kabel tak tau la betul ke x sebab kita ni kerja blogger je.



Kerjakosong.co pula merupakan portal pekerjaan dimana portal ini menghubungkan majikan dengan pekerja. Dalam portal ini, majikan boleh submit dan publish tawaran kerja kosong terus kepada mereka yang berminat. Jika anda mencari pekerja, atau anda ingin mencari pekerjaan yang gaji tinggi, sila lawati portal ini dan bookmarknya sekarang.



Eh, apa benda ni saps ibu bapa? Haaaa! Laman web ini sangat berguna pada waktu musim persekolahan terutamanya semasa musim persekolahan. Ia adalah laman web untuk ibu bapa semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka. Anda boleh semak keputusan peperiksaan semudah dengan isikan no kad pengenalan anak dan nama penuh. Saps adalah singkatan kepada sistem analisis peperiksaan sekolah dan dibangunkan oleh KPM.

5. APDM



Laman web apa APDM ni? Okay APDM ni pula ialah laman web untuk cikgu-cikgu mengisi data-data murid seperti kehadiran, mata pelajaran dan lain-lain. Sistem ini juga dibangunkan oleh KPM demi memajukan sistem pendidikan sekolah Malaysia. Apdm bermaksud aplikasi pangkalan data murid.

6. Hrmis2



HRMIS ini merupakan aplikasi dalam talian yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Pengurusan sumber Manusia ataupun dalam bahasa inggerisnya Human Resources Management Information System. Aplikasi ini digunakan oleh setiap penjawat awam untuk permohonan cuti mahupun mengemaskini maklumat peribadi mereka dari semasa ke semasa.


Haaa, nampak tak, nampak tak antara website yang berjuta-juta tu, ni antara 6 website yang sangat-sangat penting buat kita semua. Tak kira la untuk yang sedang mencari pekerjaan ke, yang dah bekerja ke, untuk ibu bapa ke, semua kena ambil tahu tentang website ni.

Moga-moga dengan perkongsian saya yang serba sedikit ni dapat membantu kawan-kawan diluar sana. Yela, kadang-kadang kita buntu juga kan kat mana nak cari sumber maklumat yang penting macam ni. So, kalau kawan-kawan nak tahu apa antara yang korang boleh cuba, jangan segan-segan tau untuk klik pada setiap pautan yang tertera di atas tu.

Semoga berjaya..


3 comments