LUNAVIE Breast Thermo Pad

Monday 23 January 2017


LUNAVIE Breast Thermo Pad



Assalamualaikum..

Harini saya nak share 1 benda penting untuk mereka yang bergelar ibu/mama/mak/ummi dan seangkatannya la. Kalau ibu-ibu yang baru bersalin selalunya akan mengalami masalah bengkak susu,kan? Ianya satu perkara yang normal, yang akan terjadi pada mereka yang baru melahirkan anak atau ibu ibu yang sedang menyusukan anak.

Rasanya, ramai diantara para ibu agak pening kepala nak menyelesaikan masalah ni kan? Dulu saya pernah alami bila mana zahra taknak menyusu. (Nak menyusu sebelah sahaja) Memang sakit bila kena bengkak susu ni. Sesetengah ibu akan mengepam susu tersebut untuk melegakan rasa sakit tu. Tapi bagi mereka yang tidak mempunyai pump? Pasti akan mengeluarkan susu tersebut secara natural kan?



LUNAVIE Breast Thermo Pad. Ianya kini dapat membantu untuk menyelesaikan masalah bengkak susu yang dialami oleh pada ibu. Ianya berbentuk bulat serta mempunyai lubang ditengah-berbentuk seperti donut. Boleh digunakan dalam 2 cara. Tetapi bagaimanakah caranya?

Konsep pemanasan.
Membantu melancarkan pengaliran susu serta meransang penghasilan susu badan.

Konsep penyejukan.
Ianya dapat membantu untuk melegakan sakit akibat bengkak susu.

Antara kelebihan lain LUNAVIE Breast Thermo Pad ini ialah :

- membantu melancarkan pengaliran susu
- membantu melegakan kesakitan akibat bengkak susu
- melegakan sakit kepala
- menurunkan suhu badan yang panas
- melegakan kesakitan di bahagian lain.

LUNAVIE Breast Thermo Pad ini boleh dimiliki dengan harga mampu milik. Jangan risau, harga yang ditawarkan serendah Rm 21.00 sahaja.

Bagaimana untuk mendapatkannya serta info-info lain mengenainya? Boleh layari :

Website : http://www.lunavie.com

Facebook : https://m.facebook.com/mylunavie

5 comments