Ikan Masak Tauchu/Taucu
Bahan-bahan :
Ikan - Digoreng terlebih dahulu
Tauchu - Saya pakai yang paket je
Bawang putih
Bawang merah
Cili Api - Pedas atas pilihan masing-masing
Tomato
Timun
Hirisan bawang besar/holland
Air - Dijadikan kuah
Minyak untuk menumis
Cara-caranya :
- Goreng ikan terlebih dahulu. Angkat da toskan minyak. (Ikan bubuh garam kunyit je)
- Tumbuk bawang merah + bawang putih + cili api. Tumiskan sehingga naik bau atau sedikit garing.
- Masukkan tauchu. Kacau rata dan masukkan sedikit air untuk dijadikan kuah.
- Masukkan timun + tomato + hirisan bawang (pilihan)
- Sekiranya tauchu telah masin, tidak perlu masukkan garam.
- Agak mendidih, masukkan ikan dan kacau rata.
Atau..
Curahkan kuah tersebut diatas ikan goreng tadi.
Siap. 😘
Post a Comment