Showing posts with label Feedmilk. Show all posts
Showing posts with label Feedmilk. Show all posts
Nufael, Susu Kambing 100% Asli Dan Organik Bermanfaat Seisi Keluarga!
Bila bercerita pasal susu ni, tentunya kita terbayangkan susu yang berwarna putih kan? Tak tak semua orang suka dengan susu yang berwarna putih, betul tak?
Tapi kan, harini mama zara nak share la tentang 1 susu ni tau. Susu Nufael nama dia. Pernah dengar tak?
Alaaa, korang tak kan tak perasan. Adik Fattah Anas dutanya tu haa.. Ehhh, tak kenal siapa Fattah Anas? Haaa, kena google la nampaknya tu.
Rugi tau tak kenal siapa Fattah Anas tu. Budak yang licah dan petah berkata kata tu haa..
Petah bercakap lepas minum susu Nufael ke tu..
Hehe
Harini, kalau mama zara ni nak share tentang susu Nufael ni, ada ke yang nak tahu ni? Rugi tau kalau tak ambik tahu kelebihan dan kebaikan tentang susu Nufael ni. Kalau tak nak tahu, mama zara ni tetap nak share tentang susu ni jugak ehh..
Pengenalan :
Nufael adalah produk terbaru keluaran jenama POPULAR BAJU MENYUSU Feedmilk. Feedmilk telah berjaya membantu ramai golongan para ibu melalui keluarannya iaitu Baju Menyusu #SelamberSelak diikuti oleh Milkbooster Femilac dan diikuti dengan alat membantu ibu menyusu iaitu Breastpump Magik dan juga Milk Storage. Complete set!
Founder FEEDMILK :
Anys Syuhada atau dikenali lebih mesra dengan panggilan Anys Paloma merupakan founder Feedmilk. Seorang wanita muda yang bekerjaya telah mengeluarkan produk baru iaitu Susu Kambing 100% Asli dan Organik.
Kini Nufael merupakan produk terbaru mereka dalam pasaran Feedmilk. Apa yang menariknya tentang NUFAEL ni ialah, Susu yang dikhaskan untuk kegunaan seisi keluarga. Yang saya tahu, dari peringkat anak berumur 2tahun dah boleh minum susu Nufael ni tau. Sehingga la ke peringkat atok nenek pun boleh.
Rumusan Istimewa! :
Nufael dihasilkan dengan bahan bahan yang istimewa. Ini kerana ia dihasilkan dengan 100% susu kambing ASLI dan ORGANIK!
Serta Ekstrak dari Bahan Sebenar iaitu Delima, Madu, Kurma, Kismis, Manna dan juga Minyak Zaitun.
Golongan Disarankan :
Nufael boleh dikatakan seperti #Supermilk kerana boleh diminum seisi keluarga dan juga mereka seperti :
1. Ibu Hamil : Ibu hamil digalakkan untuk mengambil susu nufael kerana ia dapat membantu untuk memudahkan bersalin, in shaa Allah kandungan tidak akan mendapat jaundice selepas dilahirkan, HB juga terkawal. Dapat menstabilkan hormon dan juga memberikan tenaga sepanjang hari.
2. Kanak-kanak : Untuk kanak kanak, disarankan yang berumur 2tahun dan ke atas ye. Ini kerana dikatakan susu Nufael dapat membantu untuk mereka cepat bercakap, fokus dalam pembelajaran, mudah menghafal dan menambahkan selera makan disamping membantu mereka dalam melawaskan pembuangan dan mengelakkan kembung perut.
3. Ibu Berpantang : Susu Nufael juga dikatakan dapat membantu ibu berpantang dalam memberikan tenaga dan mengelakkan sembelit. Bagus juga saranan ni kan? 2kali dah merasa pengalaman mengandung dan melahirkan. Masa dalam pantang pulak nak makan apa apa sangatlah terhad. Kalau la susu Nufael dah ada sebelum ni, memang mama zara ni tak lepaskan peluang tuk amalkan tau. Sebab nak bagi baby pun kenyang masa menyusu.
4. Wanita : Golongan wanita ni kita sedia maklum selalu sibuk dengan pelbagai kerja. So apa kata, cuba la susu Nufael. Boleh menambahkan tenaga untuk kehidupan seharian dan melancarkan peredaran darah juga.
5. Pelajar : Kalau ada anak anak yang bersekolah, rasanya elok juga galakkan mereka minum susu Nufael ni. Mudah mudahan boleh membantu untuk mereka lebih fokus belajar dan mendatangkan minat yang tinggi untuk belajar.
6. Lelaki : Golongan suami atau lelaki diluar sana boleh je amalkan minum susu ni tau. Sekiranya ada masalah kesihatan macam kencing manis ke, kolestrol ke, boleh je amalkan. Sebab susu Nufael ni TIADA GULA TAMBAHAN, PERASA dan PERISA TAMBAHAN.
7. Warga Emas : Selalu ibu ibu kita mesti minum susu kan untuk kekal bertenaga? Apa kata kita beri mereka susu Nufael ni. Boleh hadiahkan pada mereka sebab khasiatnya yang tersendiri.
ADAKAH IANYA HALAL ?
Semestinya susu NUFAEL ini HALAL. Walaupun ianya produk baru keluaran Feedmilk, pihak Feedmilk dalam proses mendapatkan logo HALAL Jakim yang dijangka akan dapat pada hujung tahun ini.
Dan juga kilang pemprosesan NUFAEL ialah dipantau oleh MESTI dan KKM SUCI dan BERSIH.
Mungkin ada yang kurang berkeyakinan nak mencuba kan? Jom kita tengok beberapa TESTIMONI pengguna lain.
Cara Bancuhan :
- Campurkan 3 skop dengan 170ml air suam dan kacau lawan arah jam sehingga larut untuk kebersanan dari bahan sebenar.
PERINGATAN :
1. Pastikan semua peralatan telah dicuci bersih sebelum penyediaan.
2. Elakkan menggunakan air panas mendidih untuk bancuhan supaya khasiat susu sebenar dan ekstrak bahan sebenar tidak hilang.
3. Bancuh menggunakan air suam dan juga boleh diminum sejuk.
4. Untuk kanak kanak, pastikan tidak melebihi 4kali dan perlu diseimbangkan dengan makanan sihat.
Pendapat Mama Zara Setelah Merasai Sendiri Susu Nufael.
Sebenarnya kan, saya kalau dengar je susu tu adalah 'susu kambing', macam-macam la ada dalam kepala otak ni tau. Dari bujang lagi tak berapa nak telan kalau susu tu kaler putih. Macam susu Nufael ni kan, bila terbaca dia adalah susu kambing 100% asli dan organik, rasa macam nak cuba jugak.
Seumur hidup pertama kali rasa susu kambing, susu Nufael ni la. Tak sangka pulak susu Nufael ni sedap. Rasa macam kurma pun ada tau. Berbau?? Langsung takde bau pelik. Bau sedap je ada la. Masa minum tu tak perasan pulak susu tu susu kambing. Dah habis minum baru perasan, ehhh ni susu kambing kan?? Haha
Lepas ni nak bagi Zhareef minum pulak. Sebab mana tahu boleh membantu dalam melancarkan percakapan dia kan. Ikutkan dia boleh je bercakap. Tapi malu malu. Zara pun ada masa suka minta susu yang adik dia minum sekarang ni. So lepas ni boleh la gantikan susu Nufael untuk seisi keluarga.
Mungkin kalau ada keizinan Allah untuk pregnant lagi, saya akan memilih NUFAEL sepanjang proses mengandung. In shaa Allah! Tak perlu pening kepala dah pikir susu apa nak minum,kan.
Dan mungkin nak suggest juga dekat adik ipar yang tengah pregnant sekarang untuk amalkan minum susu Nufael ni.
Mungkin ada yang nak tahu, berapa harga yang ditawarkan untuk sekotak susu Nufael ni kan?
Harga yang ditawarkan untuk sekotak susu Nufael ni ialah RM 48 sahaja. Dengan berat 300gram.
Maklumat lanjut mengenai NUFAEL :
Alamat HQ :
No 9, Jalan Keluli, AK7/AK, Seksyen 7,
40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Website Official :
Facebook page : Nufael Susu Kambing HQ
No. Tel : 0168404932
Instagram Anys Paloma (Founder)
https://www.instagram.com/anyspaloma/
Kepada yang nak jana pendapatan dengan Modal dropship tetapi keuntungan Stokis,
boleh terus daftar disini, terhad tau!
Pengedar
Kepada yang nak jana pendapatan dengan Modal dropship tetapi keuntungan Stokis,
boleh terus daftar disini, terhad tau!
Pengedar
Zikir Dan Doa Untuk Memperbanyakkan Susu Ibu
Assalamualaikum.. Selamat Pagi mommy!Ambil la ni.. Simpan ni bebaik tau. Saya nak semua ibu menyusu di Malaysia boleh menyusukan anaknya tanpa susu formula!
Feedmilk Lover!
Assalamualaikum..
Sekarang ni dah terjatuh hati, terjatuh chintaaa pulak dengan produk keluaran Feedmilk ni tau. Seriuss.. Dulu kan masa kenal Feedmilk ni masa zara 6bulan kut camtu. Kiranya masa tu baby lagi. Sekarang ni zara dah masuk 2tahun 10bulan dah. Masa tu orang dok tag kat Instagram la kisahnya. Memula macam.. apa bendaaaa la Feedmilk ni. Kemahen orang dok menggila main tag tag ni.
Assalamualaikum.. Hai readers..
Hukhuk.. Nak menaip ni dalam keadaan takde mood. Tapi nak share juga.. So, kena juga la taip kan.. Karang blog bersawang pula.. Takleh nak layan sangat mood kemalasan ni. Karang menjadi-jadi..
Haaaa,
Assalamualaikum.. hai readers!..
Story tuk Ibu/Mama/Mommy/Mak ehhh, yang seangkatan dengannya la.. Kut la ada yang tak tahu, so, kita tolong promote la ye. Ni bukan entry berbayar ye.. cuma excited tengok SALE yang FEEDMILK buat! kalau si ayah terbaca nak suprise belikan tuk wife pun okay.. suweeet sangat tau. hihi
Teruja sebab dah lama dok tunggu saat ni. Teringin sangat nak beli baju di FEEDMILK ni, tapi sebab sebelum ni $$$ tak mengizinkan, so pasrah!... hihi..
Alhamdulillah.. dah grab 1 baju kejap ni tadi. Baju yang mana? nanti kita review kat sini ye.. hihi.. Cuma nak war-war kan, FEEDMILK buat sale untuk 2 hari ni ye. 2HARI SAHAJA. 8-9 JANUARI 2016 ni je..
cepat terjah web feedmilk. karang melepas pula. Tadi saya dah pilih 1 baju ni. Tapi saiz yang saya nak dah habis. mujur pilihan kedua ada saiz.. hihi..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons