Assalamualaikum..
Salam
ramadhan semua.. kejap je dah seminggu kita berpuasa kan.. tahun ni tahun
pertama saya berpuasa tanpa pergi kerja. Hehehe.. 6tahun dah tempuh suasana
berpuasa bila bekerja.. rindunya suasana tu.. sekarang ni semua tu tinggal kenangan..
Yang
bestnya pagi memanglah kena masuk awal. Kalau kebiasaannya masuk pukul 9,
patutnya puasa kena masuk pukul 8. Tapi nak buat camne, kadang ada je benda
yang tak settle, jadinya pukul 8 setengah baru masuk. Hehehe..
Balik
dah tentunya la awal. Pukul 4petang. Alaa, awal sejam je pun. Selalunya pukul 4
suku dah sampai rumah. Jalan dah sememangnya la tak jem. Haha.. sebabnya orang
lain belum balik lagi. Then tempat kerja dengan umah takde la lalu jalan yang
penuh sesak macam kat pekan nun..
Pastu
yang best masuk pukul 1 je kalau time kerja tu, mata mula la macam lampu
kelip-kelip. Hehe.. ngantuknya la hai.. kadang layan mata juga sekejap.
Maklumlah bulan puasa kan. Bangun awal. Pastu bukan boleh tido pun bila lepas
sahur.. pastu kat pukul 2 hegeh-hegeh bangun nak solat zuhur.
Kat
pejabat ada katil, bantal.. tu yang syok tu. Nak-nak pula time bulan puasa
jarang sangatlah orang nak datang ke koperasi tu. Boleh agak kalau orang nak
datang pun selalu pukul berapa.
Pastu
yang bestnya tiap tahun mesti ada majlis berbuka puasa kat pejabat. Berkumpul
ramai-ramai.. solat ramai-ramai.. Ya Allah.. rindunya semua tu.. rindu sangat..
tapi redha je la.. rindu pun hanya boleh ingat sebagai kenangan je la kan.. J
Sekarang
ni dah duduk rumah, ada juga orang kata ‘syok la syamimi jadi housewife.. boleh
jadi queen kat umah’.. la haiii.. syok tang mana la tu kan sampai kata kita ni
boleh jadi queen??? Ingat kat umah takde kerja ke nak buat..
Maaf
lah ye.. kat umah pun sebenarnya ada je kerja yang kita perlu buat ye.. nak
kena kemas umah, basuh baju, lipat baju, masak, layan makan suami dll tau.. if
kerja tu sebenarnya kita buat 2 tugas dalam satu masa.. tu je..
Apa-apa
pun, saya bersyukur sangat.. walaupun saya tak bekerja, kehidupan saya masih
dipermudahkan.. J
pssstt : apa nak masak harini ehhh??????
Assalamualaikum..
Sekarang
ni dah masuk trimester ketiga. (29week ++) sekarang ni saya rasa susah betul
nak tido lena malam. Huaaaa.. baru tahu macam mana perasaan mummy-mummy yang
dah tempuh pengalaman ni.
Tapi
bukanlah baru-baru ni je rasa tak boleh nak tido tu.. dari baby 5bulan lebih
kut. Ke 6 bulan camtu. Bila baring rasa serba tak kena. Sebaiknya kena baring
ke kiri kan? Nurse pun suh camtu. Memang saya baring akan hadap ke kiri pun. Dari
dulu lagi bila tido camtu.
Masalah
sekarang ni, baby kan makin membesar. Time kita nak tido tu la time aktif dia. Makanya
mama dia ni pun terpaksa la layan si kecik ni dulu. Kadang pujuk juga dia, kasi
can la mama awk ni tido. Ngantuk dah ni. hehe..
Makin
kita usap-usap dia, makin dia galak bergerak. Sabar je la.. nak mara pun tak
boleh. Jadi layan je la.. kalau mata ni dah ngantuk sesangat pun, bila baring
mesti tak leh tido juga. Dengan sakit belakangnya lagi.. dugaan dari Allah
kan.. then sebagai persediaan buat kita bila baby dah lahir nantikan..
Dan
sekarang ni peel saya ialah suka tido waktu pagi.. mak selalu pesan, jangan
tido time matahari naik.. tapi saya tak boleh nak buat apa.. T_____T
Kalau
tak tido kepala pening dok tahan ngantuk.. huaaaaaa…
Terpaksa
la layan mata.. lagi best time tu en.suami dah pergi kerja.. memang syok la.. hehe
Nak-nak
sekarang ni bulan puasa. Tak perlu nak kalut-kalut masak makan tengahari.. jadi
lega la sikit.. kadang tu en.suami balik kerja dia tido, kita bantai tido lagi.
Tapi tido-tido ayam je la pun. Bukan la tido yang beria-ia pun..
Rasanya
sekarang ni saya kuat tido belah siang. Malam tido tido ayam je.. nak buat
camne.. tu je pun yang boleh cover balik. Janji dapat rehatkan badan.. kan..kan.. then kalau nak tido malam pula, saya tak boleh nak tido kalau en.suami takde kat sebelah.. T____T
ngada sangat baby ni nak daddy dia ada kat sebelah kan.. haha
rasa macam tak selesa je bila en.suami takde kat sebelah. nak-nak pula saya time malam selalu kena sakit belakang. even en.suami tak tahu, tapi bila dia ada saya rasa macam lega sikit. sakit pun rasa macam kurang la sikit. paling tak best kalau dia kena naik duty la.. dah tentu-tentu dia x tido malam kat umah. jadinya bertabah la tido sorang-sorang. hukhuk
xpelah.. nanti balik ipoh bulan 8 sementara tunggu masa, harap dapat la rehat puas-puas. baby, nanti kuar jangan terlalu awal sangat ye.. takut mak awk ni tak sempat balik ipoh.. huaaaa.. jangan juga kuar lewat sangat tau.. nanti karang jenuh mak awak ngan ayh awak ni tertunggu-tunggu.. hihihi
*pening baby camni*haha
ngada sangat baby ni nak daddy dia ada kat sebelah kan.. haha
rasa macam tak selesa je bila en.suami takde kat sebelah. nak-nak pula saya time malam selalu kena sakit belakang. even en.suami tak tahu, tapi bila dia ada saya rasa macam lega sikit. sakit pun rasa macam kurang la sikit. paling tak best kalau dia kena naik duty la.. dah tentu-tentu dia x tido malam kat umah. jadinya bertabah la tido sorang-sorang. hukhuk
xpelah.. nanti balik ipoh bulan 8 sementara tunggu masa, harap dapat la rehat puas-puas. baby, nanti kuar jangan terlalu awal sangat ye.. takut mak awk ni tak sempat balik ipoh.. huaaaa.. jangan juga kuar lewat sangat tau.. nanti karang jenuh mak awak ngan ayh awak ni tertunggu-tunggu.. hihihi
*pening baby camni*haha
Assalamualaikum..
Selamat
pagi.. salam 6 ramadhan.. kejap je dah nak seminggu berpuasakan? Tahun ni tak
berpeluang berpuasa dengan family.. tahun ni kena berdikari. Yupp, berdikari
sangatlaaaaa..
Kalau
la dapat berpuasa dengan family kat ipoh mesti best.. sebab waktu berbuka dapat
makan yang mak masak.. mesti best-best walaupun sekadar cekodok pisang! Nikmat je
rasa sebab mak yang buat kan?
Kalau
kat sini memang tak lerrrrrrrr… buat memang la boleh buat.. tapi nikmat nak
makan tu macam kurang je.. macam sekarang ni, ada masa mana-mana yang saya
boleh buat, saya buat juga.. tapi kebanyakkannya tak dapat nak buat.
Sebabnya
peralatan kat umah ni banyak lagi yang takde.. adatlah kan.. baru nak hidup
bersama.. contohnya kalau nak buat masakan yang kukus-kukus, pengukus pula
takde.. haha.. nak buat sesuatu yang kena bakar dalam oven, oven pun takde..
Ater
camne.. duk diam-diam aje la ye.. :P takyah nak bising-bising.. tunggu je en.suami
bagi sume tu, baru boleh buat. Maklumlah, saya tak bekerja, jadi macam ni la.. nak
cari side income dari umah pun tak tahu apa yang sesuai..
Nasib
la dalam bulan puasa ni ada bazar Ramadan kat sini. Senang keje sikit. Kalau dah
tak tahu nak makan apa, suh je en.suami carikan kuih. Saya ni jenis pesen tak
makan berat-berat waktu buka. Sekadar makan kurma, minum air kosong dengan
kuih. Tu pun dah cukup dah..
Bila
tengok kuih ni, teringat mak buat.. beli kuih ni, teringat mak buat. Haiii laaa
perasaan.. sabar je la.. sebab mak saya rajin buat kuih.. tu yang asik teringat
je tu.. takpe-takpe.. kat-kat penghujung bulan 8 ni balik ipoh.. sampai deliver
then berpantang kat sana..
Harap-harap
la sebelum deliver sempat makan puas-puas. Sebab mak dah janji nak masak yang
best-best.. *sabar je menanti bulan 8 ni*.. tinggal la en.suami nanti kat sini
sorang-sorang.. sobsob..
Assalamualaikum..
Salam
4 ramadhan.. kejap je dah 4 hari kita berpuasakan.. moga sentiasa diberi
kekuatan oleh Allah untuk berpuasa.. baby pun kena la memahami sama ye sayang..
Alhamdulillah..
pejam celik, pejam celik dah 8bulan hidup bersama en.suami.. macam tak caya je
secepat tu masa berlalu..
Syukur
atas nikmatnya juga, dalam 8bulan kehidupan ni Allah beri rahmat yang sangat
besar buat kami berdua..
Tak
sabar nak tunggu baby lahir.. sebagai peneman kami, sebagai pelengkap kehidupan
kami.. insyaAllah..
Assalamualaikum..
Hai
semua.. salam 3ramadhan.. kejap je dah 3hari kita berpuasakan? Syukur Alhamdulillah..
Saya setakat ni dapat berpuasa 3hari ni penuh. Risau juga nak berpuasa ni. Bukan
niat nak mengelak dari berpuasa tau. Cuma risau sebab berpuasa dalam keadaan
pregnant kan. Nak-nak first time pula tu.
Harini
ada lagi checkup. Saya checkup 2minggu sekali. Orang lain sebulan sekali je,
saya sebulan 2kali. Tapi dalam bulan 7 ni berkemungkinan 3kali. Tengok nurse
dah tulis tarikh siap-siap. Nak buat macam mana. Nurse sayanggggggggg kita
lebih. Haha..
Tadi
timbang tengok berat tak naik banyak pun. Haritu 48kg.. harini 48.5kg je.. tak
tahu la sebab puasa ke apa. Saya ni kalau bulan puasa memang akan kurang makan.
Tak lalu nak makan sangat. Kalau berbuka pun memang susah nak sentuh nasi. Harap
makan sahur je la..
Bab
HB macam biasa la.. still rendah. Haritu 9.5, tadi 10.0. ok la naik sikit. Lepas
ni kena usaha naikkan lagi.. kena makan ikan bilis banyak-banyak. Kerang saya
dah lama tak sentuh. Tak lalu. Bayam pun kadang-kadang je. Bila nurse tanya
memang la cakap makan, tapi hakikatnya??? Hukhuk.. start duduk sendiri ni
selera makan kurang.. tak lalu nak makan yang sendiri masak..
Kalau
nak berselera makan kena orang lain masak.. boleh camtu?? Kadang makan kat
kedai pun bukan lalu sangat.. sabar je la.. macam-macam peel sekarang ni..
tekanan darah macam biasa la.. saya pun pelik. Tiap kali check sama je. 90/60..
ntah bila nak ada perubahan.. ke alat tu ada problem?? Haha
Masalah
lain sekarang ni kalau sejuk sikit bangun pagi mula la kena ‘simpul mengkarung’..
tapi simpul mengkarung ni saya memang selalu kena pun.. start dari sekolah
rendah lagi..bak kata nurse time pregnant memang akan selalu kena. Sebab badan
kita kurang kalsium. Lepas ni kena makan kalsium la pula.. so nak elak dari kena, saya cuba tido pakai stokin..
Macam-macam
peel sekarang ni.. sabar je la nak hadapi.. kena kuat tempuh semua ni.. kalau
tak silap saya dalam bulan ni kena minum air gula lagi sekali.. adeh.. macam
mana nak elak dari kena minum eh???
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons